• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Tolak Penuhi Janji Manifesto PH – Guan Eng

oleh
27/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUN Dr. Mahathir Mohamad menolak untuk terus memenuhi Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang menjadi panduan kepada empat parti dalam pakatan mentadbir negara dalam tempoh 21 bulan lalu.

Pakatan itu terdiri daripada PKR, Parti Amanah Negara (Amanah), DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, meskipun keempat parti itu mempunyai ideologi dan aspirasi berbeza, tetapi kepimpinan tertinggi berjaya mencapai satu titik persamaan dan terikat dengan manifesto yang sudah dipersetujui bersama.

“Manifesto PH inilah yang menjadi panduan untuk menyatukan kami dan mentadbir negara di bawah kepemimpinan PH, Dr. Mahathir seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

“Dalam perbincangan saya dengannya di Pejabat Perdana Menteri pada 25 Februari lalu, beliau menolak untuk kekal sebagai Perdana Menteri PH dan menolak untuk terus memenuhi janji-janji Manifesto PRU PH,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, sejak 21 bulan lalu, kerajaan yang diterajui PH bekerja keras untuk memenuhi janji manifesto secara berperingkat.

“Antaranya adalah penurunan kadar tol untuk Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebanyak 18 peratus bagi kenderaan persendirian dengan jaminan tidak ada sebarang kenaikan kadar tol sehingga tamat tempoh konsesi.

“Selain itu projek MySalam yang menawarkan bantuan kewangan bernilai di antara RM4,000 sehingga RM8,000 untuk mereka yang menghidap satu daripada 45 penyakit kritikal,” katanya.

Tambahnya, kerajaan PH juga memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan membayar semula pemulangan kutipan GST yang berjumlah RM19.4 bilion.

Di samping itu, kerajaan PH mengekalkan kedudukan kredit antarabangsa negara walaupun kerajaan terpaksa membayar berpuluh bilion ringgit kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Lembaga Tabung Haji (TH) dan pelbagai skandal lain lagi.

Di samping itu, kerajaan PH turut menyambung semula projek infrastruktur utama selepas mencapai penjimatan lebih daripada RM50 bilion melalui rundingan semula dan rasionalisasi projek kerajaan terdahulu.

Seterusnya, kerajaan mempercepatkan proses digitalisasi melalui penggalakan penggunaan e-dompet, mencipta 350,000 peluang pekerjaan untuk mereka yang menganggur melalui projek MalaysiaKerja yang bernilai RM6.5 bilion, dan pelbagai inisiatif lain lagi. – myMetro Online

Tags: DAPLim Guan EngMahathir MohamadManifesto PH
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

Zamri Vinoth Mohon Sertai DAP?

06/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Selepas aktivis Tamim Dahri Abdul Razak membuat permohonan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zamri...

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

“Part ‘We Go’, Saya Tak Yakin..” – Ahmad Fadhli 

24/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari bersikap sinis terhadap kenyataan seorang Ahli Parlimen DAP di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd