• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GSK, CEPI Bekerjasama Hasilkan Vaksin Koronavirus

oleh
03/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BREBTFORD – Syarikat farmaseutikal GlaxoSmithKline Plc (GSK) bekerjasama dengan Gabungan Inovasi Persediaan Wabak (CEPI) dalam usaha membangunkan vaksin untuk wabak koronavirus, menurut GSK dan CEPI dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut laporan Reuters, GSK akan menghasilkan teknologi platform bahan pembantu yang bersedia untuk membangunkan vaksin menentang virus 2019-nCoV.

Penggunaan bahan pembantu itu akan membolehkan pengeluaran lebih banyak dos vaksin dan meningkatkan ketersediaan kepada lebih ramai individu.

“GSK akan melibatkan entiti yang dibiayai CEPI dengan perjanjian pertamanya ditandatangani antara pengeluar ubat Britain dan Universiti Australia Queensland, Australia,” menurut kenyataan itu.

Buat masa ini, tiada vaksin mampu melawan koronavirus, namun beberapa organisasi termasuk CEPI, sebuah badan awam swasta berpangkalan di Norway sedang berusaha membangunkannya.

Jumaat lalu, Institut Pertubuhan Pasteur Perancis memaklumkan telah menubuhkan sebuah pasukan petugas khas yang bertujuan menghasilkan vaksin terhadap virus dalam tempoh 20 bulan, manakala Menteri Penyelidikan Jerman menjangkakan virus berkenaan akan dihasilkan dalam beberapa bulan lagi.

Wabak seperti selesema itu bergerak dengan pantas dan telah mengorbankan lebih 350 nyawa di China, merebak sekurang-kurangnya di 15 negara selain menyebabkan ekonomi kedua terbesar dunia dikenakan sekatan perjalanan serta perniagaan ditutup.

Jumlah kematian akibat wabak koronavirus di wilayah Hubei, China terus meningkat kepada 350 kes dengan 56 kematian baharu direkodkan semalam.

Reuters melaporkan, sebanyak 2,103 lagi kes dikesan di wilayah itu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11,177 setakat semalam.

Kematian pertama akibat koronavirus di luar China dilaporkan semalam melibatkan seorang warga China berusia 44 tahun dari bandar Wuhan di wilayah Hubei, yang meninggal dunia di Filipina, Sabtu lalu.

Naib Gabenor wilayah Hubei, Xiao Juhua berkata, wabak itu masih dalam keadaan buruk dan rumit.

Sekurang-kurangnya 171 kes telah dilaporkan di lebih daripada 12 negara dan wilayah lain, termasuk Amerika Syarikat, Jepun, Thailand, Hong Kong dan Britain. – Agensi

Tags: CEPIGSKkoronavirusVaksin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pak Ya Tukang Gunting Rambut Tuanku Raja Perlis

Next Post

Liridon Krasniqi Sah Warganegara Malaysia

Related Posts

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

Pharmaniaga Labur RM300 Juta Bangun Kilang Pengeluaran Insulin, Vaksin

19/09/2024
0

PUCHONG: Pharmaniaga Bhd melabur sebanyak RM300 juta bagi membangunkan kilang pengeluaran insulin, biosimilar dan vaksin pertama buatan tempatan. IKUTI CHANNEL...

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

Silap Vaksin, Pekerja Bank Saman Kerajaan RM20 Juta

12/10/2022
0

KOTA BHARU - Seorang pekerja bank menfailkan saman berjumlah RM20 juta terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu...

Next Post

Liridon Krasniqi Sah Warganegara Malaysia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd