• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GPS Sokong Dengan Bersyarat

oleh
25/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Penyelesaian isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dikatakan ‘umpan utama’ Gabungan Parti Sarawak (GPS) kepada pihak yang mahukan sokongan mereka bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Sumber berkata, perkara itu sudah menjadi rahsia terbuka dan ia pastinya dimanfaatkan oleh pimpinan GPS ketika ada pihak merayu sokongan mereka.

Beliau berkata, umum juga sudah mengetahui, GPS yang diketuai Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, mengambil pendirian berkecuali ketika ada pihak cuba meraih sokongan 19 ahli Parlimen mereka untuk turut serta membentuk pakatan baharu.

“Tetapi pendirian Abang Johari itu boleh berubah jika tuntutan terhadap beberapa perkara dalam MA63 itu dipersetujui dan diberi jaminan akan ditunaikan oleh pihak yang memohon sokongan GPS.

“MA63 itu adalah isu utama yang diperjuangkan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem dan kita sedia maklum perjuangan itu diteruskan oleh Abang Johari,” katanya yang enggan identiti didedahkan.

Beliau berkata, Abang Johari konsisten dalam tuntutannya terhadap isu MA63 dan hasilnya tujuh perkara sudah diselesaikan sehingga hujung tahun lalu.

“Baru-baru ini, Sarawak diberi hak sepenuhnya untuk menguruskan gas dan itu antara kejayaan besar GPS yang diterajui Abang Johari.

“Kini, mana-mana pihak yang mahukan sokongan GPS bagi menyertai pakatan baharu untuk membentuk kerajaan harus memberi jaminan supaya isu tuntutan Sarawak terhadap MA63 diselesaikan sepenuhnya,” katanya.

Selain itu katanya, GPS juga dipercayai menetapkan syarat agar tuntutan 20 peratus royalti minyak juga diselesaikan.

“Royalti minyak itu hak Sarawak dan ia diperjuangkan kerajaan Sarawak sejak zaman Barisan Nasional (BN) lagi.

“Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Persekutuan menunaikan tuntutan itu, bukan sekadar meneliti atau mengkaji,” katanya. – BH Online

Tags: GPSMA63sarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

PETRONAS Rujuk Mahkamah Persekutuan Selesai Isu Petroleum Di Sarawak

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) memfailkan suatu notis usul di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya bagi mendapatkan penjelasan berhubung kerangka kawal...

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

Syarikat Penerbangan Baharu Sarawak Perkenal Uniform Kru Kabin Moden & Elegan

03/01/2026
0

KUCHING – Syarikat penerbangan tempatan pertama Sarawak, Air Borneo, mencuri perhatian apabila memperkenalkan rekaan uniform kru kabin baharu yang tampil...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd