• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GPS Beri Sokongan Kepada Mahathir

oleh
25/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah menyatakan pendiriannya untuk menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk terus menerajui negara.

Setiausaha Agung GPS, Datuk Alexander Nanta Linggi hari ini berkata, sokongan itu telah dimaklumkan secara rasmi oleh Pengerusi gabungan itu, yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ahad lalu kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Dr. Mahathir dalam pertemuan mereka di Kuala Lumpur pada hari berkenaan.

“YAB Ketua Menteri Sarawak telah mendapat mandat sebulat suara daripada Majlis Kepimpinan Tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kesemua Ahli Parlimen GPS, memberi sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk terus mengetuai kepimpinan Malaysia, demi kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pelbagai spekulasi telah tersebar mengenai kedudukan GPS dalam masa kemelut politik semasa yang memuncak ekoran pertemuan beberapa pemimpin dan ahli parlimen dari seluruh negara di Kuala Lumpur Ahad lalu. 

Kenyataan GPS hari ini yang pertama dikeluarkan sejak kemelut politik itu yang turut membawa kepada peletakan jawatan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu.

Tags: GPSMahathir Mohamad
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

GPS Tidak Akan Sertai Program Berkempen PRN – Pengerusi GPS

01/08/2023
0

KUCHING: Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan bahawa partinya tidak akan sesekali menyertai mana-mana...

PH, BN, GPS, GRS, Warisan Meterai Pemuafakatan Kerajaan Perpaduan

PH, BN, GPS, GRS, Warisan Meterai Pemuafakatan Kerajaan Perpaduan

16/12/2022
0

PUTRAJAYA : Lima gabungan parti politik hari ini memeterai pemuafakatan dan perjanjian persefahaman bagi mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd