• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Daim Kata Ada Menteri Angkuh Ada Kebenaran – Redzuan

oleh
18/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, menyifatkan kenyataan Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin, bahawa ada dalam kalangan menteri Kabinet ketika ini yang angkuh, ada kebenarannya.

Beliau berkata, sebagai orang lama dan berpengalaman dalam politik serta kerajaan, bekas Menteri Kewangan itu tidak akan membuat kenyataan tanpa fakta atau sumber sahih.

“Rakyat boleh menilai sama ada seseorang menteri tu angkuh atau tidak, kalau itu penilaiannya, kalau betul, (menteri itu) perlu ditukarlah.

“Kalau itu (pertukaran) boleh memberi kemajuan kepada negara atau memberi satu pendekatan yang boleh menampakkan tadbir urus lebih mesra kepada rakyat, maka itu terpulang kepada Perdana Menteri untuk menilai.

“Jika Tun Daim dah kata begitu, mungkin ada kebenarannya kerana dia tak boleh mengatakan (menyebut) siapa dan siapa, (bagi saya) mungkin ada kebenarannya, kalau tidak, dia tak buat kenyataan begitu,” katanya.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Program Transformasi Keusahawanan Koperasi Sekolah Zon Selatan di Hotel Swiss Garden, di sini, malam tadi.

Mohd Redzuanmengulas kenyataan Daim kelmarin yang mendakwa, ada dalam kalangan menteri Kabinet kini bukan sahaja angkuh, malah enggan menerima pandangan orang ramai.

Ini termasuk dakwaan ada yang enggan menjawab surat kononnya sangat sibuk dengan tugas.

Sementara itu, Mohd Redzuan yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri, berkata beliau tidak tahu mengenai perancangan untuk menjadikan Melaka sebagai negeri pertama kerajaan campuran Pakatan Nasional.

“Itu saya tak tahu (dan) kita masih tak tahu siapa yang bawa cerita begini. Saya tak pasti mana sumbernya, tetapi apa pun tanggungjawab kita terpaksa kita laksanakan mandat rakyat yang memilih.

“Jadi tugas kita adalah mahu memastikan Pakatan Harapan (PH) itu adalah Pakatan Harapan, bukan Pakatan Nasional,” katanya.

Menerusi satu portal berita, semalam, Pengarah Komunikasi PKR Melaka, G Rajendran, dilaporkan berkata negeri itu mungkin akan menjadi negeri pertama mewujudkan kerajaan campuran baru Pakatan Nasional. – BH Online

Tags: Daim ZainuddinMenteri Pakatan HarapanRedzuan Md Yusof
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Sahkan Siasat Daim Atas Dakwaan Rasuah, Pengubahan Wang Haram

SPRM Sahkan Siasat Daim Atas Dakwaan Rasuah, Pengubahan Wang Haram

24/12/2023
0

SPRM mengesahkan penyitaan Menara Ilham di Kuala Lumpur baru-baru ini berkaitan siasatannya atas dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram terhadap...

‘Budak Baik’ Dalam Kabinet

17/03/2021
0

SIAPA masih ingat tokoh politik tanah air, Tun Daim Zainuddin pernah menyifatkan Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai ‘budak baik’? Beliau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd