• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Cukup-Cukuplah Berpolitik…” – Azmin

oleh
17/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu rakyat memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk terus memimpin dan membangunkan negara.

Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR mahu semua pihak berhenti daripada terus berpolitik sebaliknya menumpukan isu lebih penting demi kebaikan rakyat dan negara.

“Kita kena tumpukan sepenuh perhatian untuk membangunkan negara, memberi tumpuan khusus kepada (pelaksanaan) ekonomi (yang) lebih rancak demi kemakmuran bersama.

“Hentikan politik yang berpanjangan. Dalam Malaysia terlalu banyak cakap tentang politik. Saban hari cakap tentang politik.

“Ayuh kita beri sokongan yang kuat dan padu kepada Dr Mahathir untuk memimpin negara kita, memimpin ekonomi agar apabila berlangsung persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Malaysia dapat muncul negara ekonomi yang mampu bersaing di peringkat global,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Ampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Antarabangsa di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, perkembangan ekonomi negara terutama industri pelancongan, penerbangan dan logistik akan terkesan jika koronavirus (Covid-19) terus berpanjangan.

Bagaimanapun beliau yakin, pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan mampu menjamin ekonomi lebih mampan.

“Kalau (Covid-19) tidak ditangani secara bijaksana, ekonomi akan bertambah buruk. Kerajaan sudah merangka pakej rangsangan ekonomi bagi memastikan suntikan dana tambahan dapat menjamin aliran tunai yang lebih baik.

“Percayalah usaha ini akan berjaya jika dapat sokongan kuat rakyat dan masyarakat perniagaan, kerajaan di peringkat negeri serta persekutuan,” katanya. – Sinar Harian

Tags: EkonomiMahathir MohamadMohamed Azmin Alipolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

Ini Bukan Masa Untuk Berpolitik Secara Sempit – Mujahid

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa kini bukan masa...

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

Kes Dr Akmal: Pemuda UMNO Gesa Keadilan Tanpa Campur Tangan Politik

21/08/2025
0

JOHOR BAHRU: Pemuda UMNO menggesa sebarang tindakan undang-undang terhadap ketuanya, Datuk Dr Muhamad Akmal Salleh, perlu dilaksanakan secara adil, telus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd