• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon MB Johor Selewat-Lewatnya Esok – Hasni

oleh
27/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Satu pertemuan akan diadakan antara Barisan Nasional (BN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor hari ini bagi membincangkan calon Menteri Besar yang baharu susulan perkenan Istana Johor untuk Gabungan Baharu dibentuk bagi mentadbir kerajaan negeri.

Perkara itu disahkan Pengerusi BN Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad, ketika dihubungi Bernama, tadi.

Katanya, beliau akan berbincang dengan Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang sebelum senarai muktamad calon dipersembahankan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk diperkenan, selewat-lewatnya esok.

“Keputusan akhir, biar Tuanku (Sultan Ibrahim) yang tentukan kerana ini sudah dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya.

Istana Johor menerusi satu kenyataan hari ini memberitahu Sultan Ibrahim berpuas hati Gabungan Baharu membentuk kerajaan negeri selepas ia mendapat sokongan majoriti daripada 28 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbanding 26 ADUN yang memilih Pakatan Harapan (PH).

Johor mempunyai 56 kerusi DUN dan daripada jumlah itu, DAP dan UMNO masing-masing mempunyai 14 kerusi, Bersatu (11), Amanah (9), PKR (5), MIC (2) dan PAS (1).

Tags: BERSATUmenteri Besar Johormuafakat nasional
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Perbincangan Dengan Mahathir Tak Lagi Berbangkit – Anwar

Next Post

Kerajaan Suntik RM20 Bilion Rancakkan Ekonomi – Mahathir

Related Posts

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

Pemilihan Bersatu Di Jeli, Machang, Gua Musang Digantung

03/11/2024
0

Kota Bharu : Tiga daripada 14 bahagian BERSATU di Kelantan tidak dapat mengadakan pemilihan parti semalam disebabkan bahagian berkenaan digantung...

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

Lebih 1,000 Pimpinan, Ahli Bersatu Jeli Umum Keluar Parti

07/08/2024
0

Lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu Bahagian Jeli mengumumkan keluar daripada parti tersebut berkuat kuasa serta-merta dan beralih sokongan kepada...

Next Post

Kerajaan Suntik RM20 Bilion Rancakkan Ekonomi - Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd