• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biodiesel B20 Ke Seluruh Negara Mulai Jun Tahun Depan

oleh
20/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program penggunaan Biodiesel B20 dalam sektor pengangkutan akan diperluaskan ke seluruh negara mulai Jun tahun depan, dalam usaha meningkatkan permintaan minyak sawit domestik.

Penggunaan Biodiesel B20, iaitu adunan 20 peratus metil ester sawit (PME) dan 80 peratus diesel petroleum, sedang dilaksanakan secara berfasa sejak Januari lalu, bermula di Langkawi serta Labuan.

Menerusi pelaksanaan Biodiesel B20, ia dianggar menambah penggunaan minyak sawit sebanyak 534,000 tan setahun.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, berkata peningkatan permintaan terhadap minyak sawit menerusi pelaksanaan program ini dalam sektor pengangkutan akan menyediakan sokongan mampan ke atas permintaan minyak sawit, seterusnya memastikan harga komoditi itu terus kukuh.

Beliau berkata, justeru itu, Malaysia harus berani menggandakan penggunaan biodiesel untuk mengukuhkan industri sawit dan ekonomi negara.

Pembangunan mampan dan berterusan industri sawit negara akan membantu 650,000 pekebun kecil sawit di mana golongan itu amat memerlukan dasar yang membantu meningkatkan ekonomi mereka.

“Program Biodiesel B20 juga akan membantu negara mencapai objektif mobiliti karbon rendah seperti yang digariskan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11),” katanya selepas melancarkan Program Biodiesel B20, di Dataran Merdeka, di sini.

Sebelum ini, kerajaan mewajibkan Program Biodiesel B10 dalam sektor pengangkutan pada 1 Februari tahun lalu dan Program Biodiesel B7 di sektor industri pada 1 Julai lalu.

Perladangan kelapa sawit di Malaysia yang merangkumi seluas enam juta hektar dapat menghasilkan 20 juta tan minyak sawit setiap tahun dan dieksport ke lebih 160 negara di seluruh dunia, sekali gus menyediakan pekerjaan kepada lebih tiga juta orang termasuk pekebun kecil.

Pada masa sama, Dr. Wan Azizah berkata, peningkatan kadar adunan biodiesel sawit dapat menggiatkan perkembangan industri itu di negara secara amnya, malah kapasiti pengeluaran juga dapat ditingkatkan bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Katanya, ia adalah selari dengan Teras Strategik Kedua di dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 iaitu penerokaan aktiviti pertumbuhan ekonomi utama (KEGA) yang melonjakkan Malaysia menjadi negara pencipta, pengeluar, pembekal dan penyedia perkhidmatan kepada ekonomi masa hadapan yang lebih kompetitif.

Beliau berkata, program ini juga adalah salah satu inisiatif kerajaan dalam mencapai sasaran pengurangan kadar pelepasan GHG sebanyak 45 peratus menjelang 2030 seperti yang diikrarkan negara pada Persidangan Ke-21 Negara Parti (COP21).

“Menerusi data saintifik yang diperoleh hasil kajian dilaksanakan Kementerian Industri Utama, kerajaan yakin penggunaan Biodiesel B20 tidak akan mendatangkan masalah pada enjin kenderaan malah menggalakkan pengurangan pelepasan debu dan asap hitam ke udara,” katanya. – BH Online

Tags: biodiesel B20minyak sawit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Mangsa Banjir Di Sarawak Meningkat Kepada 418 Orang

EU Dijangka Iktiraf Minyak Sawit Mampan Malaysia

17/02/2024
1

Kuching: Industri sawit negara dijangka menerima khabar positif berhubung Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) daripada Kesatuan Eropah (EU) tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd