• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmin Bincang Tubuh Parti Baharu?

oleh
24/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Presiden PKR yang dipecat hari ini, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan bekas pemimpin yang menyokongnya, ketika ini sedang bermesyuarat di sebuah hotel dekat Damansara di sini.

Difahamkan, mesyuarat itu adalah bagi membincangkan mengenai kemungkinan mereka menubuhkan parti baharu atau sebaliknya, dalam meneruskan gerakan menubuhkan gabungan baharu bagi membentuk kerajaan.

Mesyuarat itu juga dipercayai diadakan membincangkan kembali percaturan mereka, selepas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengumumkan peletakan jawatannya tengah hari tadi, dilantik sebagai Perdana Menteri interim.

Difahamkan, selain Mohamed Azmin, bekas pemimpin PKR lain yang hadir mesyuarat yang bermula kira-kira jam 8 malam itu termasuk Zuraida Kamaruddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Kamarudin Jaffar dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Sementar itu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sedang mempengerusikan mesyuarat khas parti itu di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.

Antara pemimpin yang dilihat turut hadir termasuk Ketua ARMADA BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. – BH Online

Tags: Mohamed Azmin AliPKRpolitik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Agong Lantik Mahathir Sebagai PM Interim

Next Post

Jawatan Semua Menteri Kabinet Terbatal

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Jawatan Semua Menteri Kabinet Terbatal

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd