• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asteroid Dijangka Hampiri Bumi Esok

oleh
14/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) mengesahkan sebuah asteroid dijangka menghampiri bumi esok.

Asteroid itu dikatakan bergerak pada kelajuan 34,000 batu sejam dengan jarak paling hampir dari bumi sejauh 15 kali jarak bumi dengan bulan.

Pengarah Pusat Kajian Objek Berhampiran Bumi (CNEOS) NASA, Paul Chodas berkata, asteroid yang diberi nama 2002 PZ39 bersaiz diameter 990 meter akan berselisih dengan bumi sekitar jam 7.05 pagi waktu Malaysia, lapor portal Herald.

Namun, menurutnya, asteroid yang berukuran lebih besar daripada bangunan tertinggi di dunia dijangka hanya berselisih dengan bumi dengan jarak sekitar 0.038 mengikut unit astronomi di mana pergerakan itu tidak akan menyentuh bumi.

“Pihak NASA secara rasmi mengklasifikasikan asteroid pembunuh itu sebagai Asteroid Yang Berpotensi Menyebabkan Bahaya (PHA).

“Namun tiada bahaya kerana kami telah memantau asteroid ini bertahun lamanya dan kami lebih memahami tentang laluan orbitnya.

“Walaupun saiznya besar dan mampu mengancam bahaya namun kita telah pastikan ia tidak akan terhempas ke bumi,” katanya.

Dalam pada itu, Chodas berkata, dijangkakan juga asteroid paling hampir seterusnya akan berlaku pada Jumaat, 13 April 2029 apabila asteroid Apophas menghampiri bumi.

Struktur sepanjang 300 meter itu akan berada hampir dengan bumi, tetapi tidak akan menghentam bumi dan menyebabkan kemusnahan, jelas NASA. – Agensi

Tags: asteroidbumiNASA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asteroid Kategori ‘Pemusnah Bandar’ Diramal Bertembung Bumi Disember 2032

Asteroid Kategori ‘Pemusnah Bandar’ Diramal Bertembung Bumi Disember 2032

01/02/2025
0

WASHINGTON : Asteroid baharu dikesan dan hampir sebesar padang bola sepak dijangka memiliki peluang lebih satu peratus untuk bertembung bumi...

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

NASA Lakar Sejarah Terbang Paling Hampir Kepada Matahari

25/12/2024
0

WASHINGTON: Peneroka Parker Solar milik NASA mencipta sejarah semalam apabila menjadi kapal angkasa pertama yang terbang paling dekat dengan matahari....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd