• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Tangguh Mesyuarat Dengan Pemimpin ASEAN

oleh
29/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) membuat keputusan untuk menangguhkan satu mesyuarat dengan pemimpin negara Asia Tenggara yang dirancang berlangsung di AS pada 14 Mac depan.

Penangguhan itu adalah berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak COVID-19, menurut dua pegawai AS, semalam.

Presiden Donald Trump telah menjemput pemimpin ASEAN yang mempunyai 10 negara anggota, untuk berjumpa di Las Vegas selepas beliau tidak menghadiri sidang kemuncak dengan kumpulan itu di Bangkok, Thailand, November lalu.

“Sejajar usaha masyarakat antarabangsa berganding bahu membanteras novel coronavirus, AS dalam rundingan bersama rakan ASEAN, membuat keputusan sukar untuk menangguhkan mesyuarat pemimpin ASEAN itu,” kata salah satu sumber berkenaan yang juga seorang pegawai pentadbiran, kepada Reuters.

Menurut pegawai itu lagi, AS menghargai hubungannya dengan negara anggota ASEAN dan berharap untuk mengadakan mesyuarat bersama pada masa depan.

Setakat ini, Jabatan Negara AS belum memberi maklum balas terhadap permintaan untuk mendapatkan komen berhubung perkara itu.

Keputusan itu diambil susulan peningkatan kebimbangan yang virus berkenaan akan semakin menular di AS, ketika negara lain melaporkan kes baharu, syarikat mengumumkan sekatan perjalanan pekerja dan pasaran saham global berterusan jatuh.

Bilangan kes COVID-19 disahkan di AS masih kecil, iaitu kira-kira 60 dengan kebanyakannya membabitkan penumpang negara itu yang dihantar pulang daripada kapal mewah Diamond Princess yang berlabuh di Jepun.

Isnin lalu, Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo, berkata persiapan untuk mesyuarat itu sedang dilakukan walaupun berdepan wabak COVID-19.

Wabak COVID-19 tercetus di China, akhir tahun lalu. Perangkaan terkini oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan lebih 82,000 orang sudah dijangkiti, dengan lebih 2,700 kematian di China dan 57 lagi terkorban di 46 negara lain.

Negara anggota ASEAN ialah Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Walaupun Jabatan Negara AS berulang kali menyatakan bahawa ASEAN adalah penting dalam strateginya bagi mengekalkan ‘Indo-Pasifik yang terbuka dan bebas’ ketika berdepan peningkatan kuasa China, keputusan Trump untuk tidak menghadiri mesyuarat di Bangkok telah menimbulkan persoalan mengenai komitmen AS terhadap rantau itu.

Awal bulan ini, Nikkei Asian Review, Jepun, memetik sumber diplomatik sebagai berkata pemimpin daripada Vietnam, Laos, Singapura, Kemboja dan Thailand merancang untuk menghadiri sidang kemuncak Las Vegas. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatASEANAsia tenggaraCovid-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

‘Mintak Balik Bom Tak Meletup’ — Barua Amerika Hipokrit Tak Reti Malu

26/11/2025
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Tindakan Amerika Syarikat didakwa meminta kerajaan Lubnan menyerahkan semula bom GBU-39B yang tidak meletup dalam...

Amerika Beri Peringatan Kepada Malaysia Mengenai BRICS

Amerika Beri Peringatan Kepada Malaysia Mengenai BRICS

04/11/2025
0

Dah mula dah..... AS Beri Amaran Kepada Malaysia Mengenai Kerjasama Dalam BRICS Laporan Mynewshub Tarikh: 4 November 2025 AS Tegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd