• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angka Korban Coronavirus Di China Cecah 259 Orang

oleh
01/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Jumlah kematian akibat coronavirus meningkat kepada 259, manakala bilangan kes yang sudah disahkan melonjak kepada hampir 12,000, kata kerajaan hari ini.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional dalam perkembangan terkini harian memberitahu, seramai 46 pesakit lagi meninggal dunia akibat penyakit respiratori.

Semua kematian itu kecuali satu, berlaku di wilayah Hubei yang paling teruk terjejas dan juga pusat penyebaran wabak terbabit.

Virus yang tercetus di ibu negeri Hubei, Wuhan pada Disember lalu itu dikesan bermula di sebuah pasar menjual hidupan liar.

Jumlah jangkitan di China turut meningkat kepada 2,102, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 11,791.

Peningkatan dilihat terus berlaku meskipun kerajaan China melaksanakan pendekatan kuarantin ke atas jutaan penduduk Hubei dan mengambil langkah pencegahan di bahagian lain seluruh negara.

Jumlah kematian dan kes terbaru itu menunjukkan peningkatan setiap hari sejak China digegarkan dengan penularan wabak terbabit seminggu lalu.

Ia merebak dengan begitu pantas, serentak dengan lambakan pengguna pengangkutan awam di luar dan dalam negara, sebaik cuti perayaan Tahun Baharu Lunar bermula minggu lalu.

Coronavirus terus tersebar sehingga diisytihar sebagai darurat kesihatan global, susulan penemuan kes di hampir 24 negara lain seluruh dunia.

Seorang pemimpin kanan Parti Komunis di Wuhan turut melahirkan rasa kesal semalam, dan mendakwa pihak berkuasa tempatan di Wuhan bertindak terlalu perlahan dalam membendung penularan virus. – Agensi

Tags: 2019-nCoVChinacoronaviruswabak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd