• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Angka Kematian Coronavirus Melonjak 1,016 Orang

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHANGHAI – Angka kematian akibat novel coronavirus melonjak kepada 1,016 orang di seluruh China apabila 108 kes terbaharu dilaporkan hari ini.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China melaporkan, daripada 108 kematian yang direkodkan, 103 daripadanya di Hubei, wilayah yang terjejas teruk akibat penularan wabak berkenaan.

Kes jangkitan coronavirus juga terus meningkat kepada 42,638, dengan hampir 2,500 kes baharu dilaporkan.

Sementara itu, Suruhanjaya Kesihatan Wilayah Hubei mengesahkan sebanyak 31,728 kes dilaporkan sehingga semalam, iaitu dengan 3.07 kadar kematian dicatatkan.

Ia berkata masih ada sejumlah 16,687 kes yang disyaki. Semalam, dalam sehari wilayah itu berjanji untuk memeriksa semua orang yang disyaki mempunyai jangkitan coronavirus.

Virus baru dipercayai muncul, tahun lalu di pasaran yang menjual haiwan liar di Wuhan, iaitu bandar raya tempat bermulanya wabak itu.

Sejak coronavirus menular Disember lalu, jumlah korban wabak itu melepasi angka korban akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2002/2003.

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan pekerja perubatan dan pesakit yang terjejas di sebuah hospital di Beijing, semalam dengan meminta langkah yang lebih tegas untuk mengekang menyebarkan wabak itu, kata penyiar negeri CCTV.

Misi pakar antarabangsa mengenai coronavirus dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) diketuai Bruce Aylward tiba di China, lewat petang semalam. Aylward berpengalaman menyelia kes wabak Ebola di Afrika Barat pada 2014-2016. – Agensi

Tags: Chinacoronaviruswabak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd