• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Parlimen PKR Keluar Parti Kena Bayar RM10 Juta

oleh
24/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah sembilan Ahli Parlimen PKR yang bertindak keluar parti hari ini akan dikehendaki membayar RM10 juta kerana melanggar perjanjian parti.

Menurut surat akujanji parti itu, terdapat klausa bahawa sesiapa yang menjadi calon bagi mewakili PKR terikat kepada perjanjian yang ditandatangani oleh mereka pada 25 April 2018.

“Saya terikat untuk membayar Parti Keadilan Rakyat RM10 juta atas terma dan syarat yang dinyatakan di bawah.

“Saya mengakui PKR parti politik yang telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan sejak tahun 1999 dan telah mengalami perbelanjaan besar dalam mempromosikan nama “Parti Keadilan Rakyat” dan penggunaan logo, lambang dan bendera parti dan dukungan oleh anggota parti yang merupakan nilai sumbangan kepada seseorang yang ingin bertanding sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14),” tulis akujanji itu.

Hari ini sembilan Ahli Parlimen PKR antaranya Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman; Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian; Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon; Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Santhara Kumar; Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju; Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin bertindak keluar parti.

Kesemua mereka bersama Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin bertindak keluar parti beramai-ramai.

Bagaimanapun, Azmin dan Zuraida dipecat oleh parti berkuasa serta merta.

Arahan untuk membayar denda itu berkuatkuasa selama tujuh hari berdasarkan perjanjian yang ditandatangani mereka. – MalaysiaGazette

Tags: Ahli Parlimen PKRparti keadilan rakyat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Tiba Di Istana Negara

Next Post

Petugas Media Dapat Perhatian Agong

Related Posts

Ahli Parlimen Putatan Nafi Akan Keluar PKR

02/03/2021
0

KOTA KINABALU - Ahli Parlimen Putatan, Awang Husaini Sahari, hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau akan meninggalkan PKR. Tuduhan...

KEADILAN Terkejut!

24/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merasa terkejut dengan cadangan pengisytiharan darurat pentadbiran oleh pihak kerajaan. Ketua Penerangannya, Datuk...

Next Post

Petugas Media Dapat Perhatian Agong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd