• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abam Mungkin Penat Sebab Banyak Kerja, Kurang Rehat

oleh
10/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Jenazah pelawak, Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat kira-kira jam 11.30 pagi, hari ini.

Kemudian jenazahnya akan dibawa ke Masjid Zakaria untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, dijangka selepas solat asar.

Berita Allahyarham Abam yang meninggal dunia ketika tidur di rumahnya di Gombak tersebar di media sosial kira-kira jam 9 pagi tadi.

Sementara itu kakaknya, Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan,41 memaklumkan, Abam hanya berehat di rumah selepas demam dan sakit kepala sejak tiga hari kebelakangan ini.

“Saya ada minta dia ke klinik tapi dia kata tak payah.

“Setahu saya Abam tak ada sakit apa-apa cuma mungkin penat sebab banyak kerja dan kurang waktu rehat,” katanya.

Menurutnya, adiknya itu sangat disenangi dalam kalangan keluarga dan pemergiannya merupakan satu kehilangan yang besar.

“Dia seorang yang baik dan tak pernah berkira dengan adik-beradik.

“Kesian mak kerana dia sangat rapat dengan Abam. Anaknya juga masih kecil. Pandang saja mukanya buat saya jadi sebak,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lapan bulan.

Antara rakan artis yang hadir menziarahi arwah di rumahnya di Gombak adalah Along Cham, Mawi, Man Raja Lawak, Shuib dan Achey. – Sinar Harian

Tags: Abam Boceymeninggal duniapelawak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd