• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

30 Tahun Dalam Industri Fesyen, Rizalman Umum Bersara

oleh
21/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim mengumumkan bersara daripada industri itu selepas 30 tahun.

Keputusan mengejut tersebut diumumkannya sendiri semasa pertunjukan fesyen Kesuma Jiwa 2020 di Istana Budaya, Kuala Lumpur malam tadi.

“Ini pertunjukan fesyen saya yang terakhir. Dengan rasa rendah diri saya mengumumkan persaraan saya dari dunia fesyen,” katanya disambut dengan sorakan kekecewaan peminat yang hadir.

Mengulas lanjut Rizalman, 49, berkata, beliau nekad dengan keputusannya selepas beberapa kematian rakan dalam industri seni yang mengejutkan dan menginsafkannya baru-baru ini.

“Kematian beberapa teman membuatkan saya terkesan dan terfikir bahawa Allah boleh saja mengambil nyawa kita pada bila-bila masa.

“Saya takut tidak bersedia apabila dijemput oleh Allah. Saya mahu pergi dalam keadaan bersedia. Pengunduran ini adalah pelan persiapan saya untuk menghadapi hari kemudian,” katanya lagi.

Rizalman turut mengumumkan menyerahkan jawatan dan tugasnya kepada pemangkunya, Faizul.

Pertunjukan fesyen terakhir daripada Rizalman semalam turut disertai dengan keberangkatan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. – MalaysiaGazette

Tags: Bersarapereka fesyenRizalman Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muhammad Hafizuddeain Mohon Bersara Awal Mulai 1 Januari – Khaled Nordin

Muhammad Hafizuddeain Mohon Bersara Awal Mulai 1 Januari – Khaled Nordin

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sudah menghantar surat untuk bersara daripada perkhidmatan tentera, bermula...

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

Jurugambar Didakwa Cederakan Dua Pereka Fesyen

10/01/2025
0

PETALING JAYA: Seorang jurugambar bebas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan mencederakan dua pereka fesyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd