• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, Pesawat Pecah 3 Selepas Tergelincir Landasan

oleh
06/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Tiga orang terbunuh manakala 179 penumpang cedera apabila sebuah pesawat Pegasus Airlines pecah kepada tiga bahagian setelah tergelincir pada penghujung landasan Lapangan Terbang Sabiha Gokcen yang basah.

Menteri Kesihatan Turki, Fahrettin Koca memberitahu wartawan bahawa tiga orang meninggal dunia di hospital selepas insiden yang berlakju pada waktu malam namun tiada sesiapa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Koca berkata, terdapat 183 penumpang, termasuk anak kapal, berada dalam pesawat yang tiba dari Izmir, barat Turki, lapor Reuters.

Gabenor Istanbul, Ali Yerlikaya berkata, mereka yang cedera menerima rawatan di 18 buah hospital di kawasan tersebut.

“Pesawat tersebut tidak dapat berhenti di landasan berikutan keadaan cuaca yang buruk dan tergelincir kira-kira 50 hingga 60 meter,” kata Yerlikaya kepada pemberita.

Pesawat Boeing, B737-86J, pecah tiga apabila ia jatuh kira-kira 30 hingga 40 meter di hujung landasan yang basah berikutan hujan lebat, kata Yerlikaya.

Rakaman video menunjukkan pesawat tersebut mendarat pada kelajuan tinggi.

Rakaman media Turki menunjukkan badan dan bahagian ekor pesawat tersebut pecah.

Para penumpang dibawa keluar apabila pesawat berhenti di atas tanah berhampiran landasan.

Terdahulu, rakaman menunjukkan bahagian luar pesawat terbakar dan dipadamkan oleh anggota bomba, lapor agensi berita, Anadolu.

Turkish Airlines membatalkan semua penerbangan ke Lapangan Terbang Sabiha Gokçen. – Agensi

Tags: Pegasus Airlinespesawat tergelincirTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

07/02/2023
0

HATAY : Pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria dikatakan menggali kawasan runtuhan tanpa bantuan teknikal atau hanya dengan tangan kosong...

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

06/02/2023
0

ANKARA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan tenggara Turki semalam, kata Pusat Kajian Geologi Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd