• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,000 Tetamu Iringi Perjalanan Akhir Abam

oleh
11/02/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Jenazah pelawak terkenal, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang juga anggota kumpulan Bocey selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu di sini kira-kira jam 7.30 petang tadi.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sungai Salak Batu 10 Gombak ketika tidur.

Terdahulu, jenazah tiba di Masjid Gombak Utara (Zakaria) kira-kira jam 5.10 petang untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

Lebih 2,000 orang hadir di masjid berkenaan untuk memberikan penghormatan terakhir termasuk rakan artis antaranya Achey, Fizo Omar, Tomok, Black dan AC Mizal.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nor Hidayah Mohd Ali, 28, dan anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al- Juffrey berusia lapan bulan.

Abam bersama Fad dan Achey menganggotai kumpulan Bocey dan pernah menjuarai Maharaja Lawak Mega pada 2017.

“Arwah Abam beritahu saya supaya menjaga diri dan dia beritahu akan cuba hadir ke majlis perkahwinan saya nanti walaupun dia sedang sibuk,” kata adik ipar kepada pelawak terkenal, Abam yang meninggal dunia di kediamannya di Gombak, pagi tadi.

Muhammad Zainuddin Mohd Ali, 26, berkata, bagaimanapun hasrat abang iparnya itu tidak kesampaian apabila pelawak berkenaan meninggal dunia, pagi ini.

“Arwah beritahu saya supaya jaga diri dan bakal isteri dengan baik sementara menanti hari bahagia itu,” katanya yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 29 Februari ini.

Muhammad Zainuddin berkata, kali terakhir dia menemui Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, ketika abang iparnya itu mengunjungi keluarganya di Taman Air Manis, Sabak Bernam, semasa cuti Tahun Baharu Cina.

“Arwah makan mentarang bersama kami sekeluarga kerana kebetulan ayah ada bawa pulang mentarang dari Pulau Pinang.

“Arwah juga bermalam sehari di rumah kami dan sebelum pulang ke Gombak, beliau belanja kami makan ikan bakar di Hutan Melintang, Perak,” katanya.

Menurutnya, dia mengetahui mengenai kematian arwah Abam selepas dihubungi kakaknya yang juga isteri pelawak berkenaan, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28, ketika berada rumah pada jam 8 pagi, hari ini.

“Tanpa berlengah kami sekeluarga terus bergegas ke Hospital Selayang,” katanya.

Tambah Muhammad Zainuddin, Allahyarham Abam disifatkan sebagai seorang abang ipar yang baik, peramah, mengambil berat dan suka berjenaka serta gemar memberi nasihat.

“Ketiadaan arwah amat terasa dan kami sekeluarga sedih, namun tetap reda dengan ketentuan-Nya,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Abam Boceymeninggal duniapelawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd