• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zuraida Diberi 14 Hari Jelas Surat Tunjuk Sebab

oleh
18/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin berhubung dakwaan salah laku disiplin.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, surat itu telah dikeluarkan kepada Ahli Parlimen Ampang itu semalam.

“Bermula semalam, beliau ada 14 hari untuk beri penjelasan dan selepas itu barulah Lembaga Disiplin akan buat apa-apa tindakan selanjutnya, sama ada pendengaran atau digugurkan. Itu dalam tanggungjawab Lembaga Disiplin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Majlis Pimpinan Pusat PKR di sini hari ini.

Turut hadir pada mesyuarat itu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya sama ada surat itu dikeluarkan atas sebab ucapan ataupun kehadiran Zuraida dalam mesyuarat-mesyuarat parti, Saifuddin Nasution bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut.

“Saya tak privy kepada itu sebab Pengerusi Lembaga Disiplin hanya melaporkan perkara itu (di dalam mesyuarat hari ini) sebab itu dalam bidang kuasa beliau,” katanya.

Selain itu, Saifuddin Nasution turut memaklumkan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) AMK, Mohd Akmal Hisyam Ahmad Tamyiz antara yang ditahan dalam serbuan ‘pesta’ dadah di sebuah kondominium Ahad lepas digantung keahlian parti serta-merta sehingga kes itu selesai disiasat polis.

Beliau turut mengumumkan rombakan kecil keahlian MPP PKR seperti dipersetujui mesyuarat hari ini, termasuk pelantikan beberapa ahli MPP baharu menggantikan beberapa MPP yang dilantik sebelum ini yang digugurkan.

Ini termasuk Dr. Lee Boon Chye menggantikan Lee Khai Loon dan Rodziah Ismail menggantikan Syed Ibrahim Syed Noh.

“Oleh kerana Lee Khai Loon bukan lagi MPP yang dilantik dan beliau juga ahli Lembaga Rayuan parti, dengan beliau digugurkan maka MPP umum pelantikan Jun Leow, Ahli Parlimen Hulu Selangor menggantikan tempatnya (dalam Lembaga Rayuan parti),” katanya.

Beliau berkata, sementara jawatan Pengarah Strategik parti yang kini dipegang Datuk Mansor Othman diganti oleh Sim Tze Tzin, dengan jawatan Mansor sebagai ahli MPP kekal disebabkan beliau dipilih dan bukannya dilantik.

“Rombakan kecil ini dianggap perkara biasa terutama selepas parti mengadakan kongres tahunan,” katanya.

Tags: PKRSaifuddin Nasution IsmailZuraida Kamaruddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemimpin Perlu Berhenti Menghasut – Ku Li

Next Post

Kematian Nur Dinie Damia Tiada Kaitan Influenza – MB

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

Cadangan Mansuh Benarkan Ahli Baharu PKR Bertanding Akan Dibincang – Anwar

23/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata syor memansuhkan kuasa Presiden PKR membenarkan ahli baharu bertanding pilihan raya dan pemilihan...

Next Post

Kematian Nur Dinie Damia Tiada Kaitan Influenza - MB

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd