• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WHO Beri Amaran Coronavirus Boleh Merebak

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan virus baharu yang ditemui di China, coronavirus mungkin boleh dipindahkan dalam kalangan ahli keluarga dan ia boleh menyebabkan penyebaran wabak yang lebih luas.

Coronavirus adalah satu keluarga virus yang besar yang boleh menyebabkan jangkitan daripada demam selsema biasa kepada SARS.

Seorang wanita warganegara China telah dikuarantin di Thailand akibat coronavirus dan ia merupakan kali pertama virus tersebut dikesan di luar China.

Setakat ini terdapat 41 kes pneumonia telah dilaporkan di Wuhan, China yang mana ujian makmal awal mendapati terdapat kemungkinan satu virus baharu dari jenis coronavirus wujud. Salah seorang daripada mangsa telah meninggal dunia.

“Daripada maklumat yang kami ada, terdapat kemungkinan transmisi manusia ke manusia secara terhad terutamanya dalam kalangan ahli keluarga.

“Tetapi apa yang paling jelas ketika ini, kami dapati tiada transmisi berterusan dari manusia ke manusia,” kata Pemangku Ketua Unit Penyakit WHO, Maria Van Kerkhove.

WHO bagaimanapun tetap bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya berlaku penyebaran wabak secara meluas, katanya dalam satu taklimat media di Geneva.

“Masih terlalu awal dan kami tidak mempunyai maklumat paling tepat ketika ini,” katanya.

Beberapa jenis virus boleh menyebabkan penyakit yang kurang serius namun begi terdapat virus yang boleh menyebabkan MERS.

Agensi PBB telah mengeluarkan garis panduan kepada hospital di seluruh dunia mengenai kaedah pencegahan dan kawalan sekiranya virus tersebut merebak.

Tiada rawatan khusus bagi virus baharu tersebut tetapi ubat anti-virus boleh diberi pertimbangan dan mungkin boleh digunakan, kata Van Kerkhove.

Ramai pelancong China dijangka melawat Thailand semasa sambutan Tahun Baharu China yang akan diraikan pada 25 Januari ini, WHO meminta pihak berkuasa Thai, orang ramai dan pelancong untuk sentiasa berwaspada.

Wakil WHO di Thailand, Richard Brow berkata, barang siapa yang pernah mengunjungi Wuhan dan mengalami demam dan batuk perlu segera membuat pemeriksaan kesihatan. – Agensi

Tags: Chinacoronaviruswabakwho
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

China Salur Bantuan USD250,000 Kepada Keluarga Pelajar Iran Yang Terbunuh Dalam Serangan Sekolah

13/03/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Kerajaan China mengumumkan bantuan kemanusiaan kepada keluarga pelajar Iran yang terkorban dalam serangan Amerika Syarikat (AS)...

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd