• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

WARISAN, KDM Tak Terbabit Anjur Majlis Krismas Di Membakut

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIMANIS – Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony menjelaskan sambutan Krismas di Membakut semalam, bukanlah program anjuran parti itu, mahupun Pertubuhan Kadazan Dusun Murut (KDM) Malaysia.

Sebaliknya, beliau yang juga Presiden KDM Malaysia, berkata majlis itu dianjurkan oleh masyarakat Kristian Membakut.

Katanya, sambutan perayaan itu dimeriahkan dengan pemberian hadiah menerusi cabutan bertuah yang sudah menjadi tradisi di negeri ini dan itu sebahagian daripada pengisian untuk memeriahkan majlis.

Beliau berkata, kehadiran Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama beliau dan beberapa pemimpin lain atas jemputan penganjur.

“Apabila kita hadir, mereka (UMNO dan BN) mendakwa kita menyediakan bermacam-macam, sedangkan ia anjuran gereja, masyarakat (Kristian) Membakut. Ini tradisi kita di Sabah. Apabila menyambut pesta menuai, Krismas, semua berkunjung.

“Tidak menjadi masalah. Apa salahnya datang keramaian. Datang saja. Tiada masalah (tetapi) orang UMNO dan BN (dari Semenanjung) tidak tahu tradisi kita di Sabah,” katanya selepas majlis pelancaran Cawangan Warisan Kampung Kelatuan disempurnakan Mohd Shafie yang juga Presiden WARISAN, dekat sini hari ini.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan sebuah portal sebagai berkata, bahawa BN akan membuat laporan polis terhadap apa yang didakwa sebagai pelanggaran Akta Kesalahan Pilihan Raya oleh parti kerajaan ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis, semalam.

Mohamad berkata, bilik gerakan BN diminta membuat laporan berhubung dakwaan salah laku itu yang berkaitan dengan cabutan bertuah sebuah motosikal dan beberapa barang lain pada sambutan Krismas yang diadakan di Pekan Membakut, semalam.

Laporan polis mengenai dakwaan itu dibuat Pemuda UMNO di Balai Polis Beaufort dan Balai Polis Papar hari ini.

Mengulas perkara sama, Mohd Shafie berkata, terserah kepada BN untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan kononnya wujud pelanggaran Akta Pilihan Raya yang dibuat oleh WARISAN pada hari pertama kempen PRK Parlimen Kimanis itu.

“Itu terserah kepada mereka. Kita pun boleh buat laporan,” katanya.

Tags: cabutan bertuahPRK KimanisSabahwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Desakan Halang Jawi Langgar Akta Hasutan – Mufti Perak

Next Post

Soalan Peperiksaan Guna Nama Zakir Naik Tak Salah

Related Posts

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

Kastam Sabah Rampas Minuman Keras, Rokok Bernilai RM1.3 Juta

04/02/2025
0

Kota Kinabalu : Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post

Soalan Peperiksaan Guna Nama Zakir Naik Tak Salah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd