• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Ditikam Jiran 10 Kali Dalam Lif

oleh
12/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Seorang wanita cedera parah akibat ditikam 10 kali ketika disamun seorang jirannya, dalam kejadian dalam sebuah lif di Flat Taman Sri Damai, Jelutong di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian kira-kira jam 11.16 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 20 tahun berseorangan di dalam lif untuk pulang ke rumahnya sebelum lif tersebut dimasuki seorang lelaki bertopeng.

“Sebaik pintu lif ditutup, lelaki itu terus menyerang wanita itu dan menikam di bahagian belakang mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah pisau, sebelum menyamun dompet serta telefon bimbit mangsa sebelum melarikan diri.

“Wanita yang cedera parah itu kemudiannya mendapatkan bantuan ahli keluarga, sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang tidak bekerja itu kerugian kira-kira RM500 selepas telefon bimbit jenis Huawei 2i dan wang tunai sebanyak RM100 dalam dompetnya disamun suspek, selain kehilangan dokumen pengenalan diri.

Soffian berkata, bertindak atas maklumat pihaknya menahan seorang suspek berusia 26 tahun yang juga merupakan jiran mangsa dan selepas diperiksa, lelaki yang tidak bekerja itu di positif dadah serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Lelaki itu kini direman sehingga 15 Januari dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun mendatangkan kecederaan parah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan,” katanya.

Soffian berkata, wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang namun dilaporkan di dalam keadaan stabil.

Tags: kes samunkes tikamPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd