• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Akhirnya Bersuara Setelah Lama Berdiam Diri

oleh
27/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tunku Mahkota Johor akhirnya bersuara hari ini selepas sekian lama berdiam diri dalam membuat komen mengenai isu politik, mengatakan beliau telah menjangkakan masalah yang melanda negara 2 tahun lalu.

Namun Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata beliau diminta untuk “melakukan sesuatu” susulan kebimbangan mengenai penularan koronavirus dari China, mengatakan beliau diberitahu untuk tidak campur tangan dalam urusan politik.

“Saya ingin memberitahu serta mengingatkan kepada anda semua sepanjang 2 tahun ini, setiap hari banyak aduan disampaikan kepada saya berkenaan isu pentadbiran, agama, perkauman, ekonomi dan baru-baru ini mengenai kesihatan.

“Dua tahun lalu saya telah memberi pandangan saya tetapi dinasihatkan oleh rakyat supaya tidak masuk campur tangan. Ketika itu rakyat yang saya bela sendiri menyarankan agar untuk saya berdiam dan tidak masuk campur urusan politik dan kerajaan. Saya sanggup dicaci, dimaki untuk membela kedaulatan negeri Johor dan rakyat seluruh negara,” katanya yang lebih dikenali sebagai TMJ di facebooknya.

Beliau kelihatan merujuk kepada serangannya terhadap Dr. Mahathir Mohamad pada pilihan raya umum pada 2018, di mana beliau memberi amaran kepada pengundi supaya tidak mengubah kerajaan kerana keadaan masih boleh diperbaiki.

“Jika kapal ini telah berjalan dengan baik selama berpuluh tahun dan mempunyai masalah oleh kerana nakhodanya yang bermasalah, tidak perlu tukar kepada enjin yang baru. Duduk di dalam kapal yang sama, dan membimbing nakhoda tersebut dan beritahu ke mana kita mahu pergi,” katanya ketika itu.

Tunku Ismail berkata beliau telah menjangkakan masalah semasa yang dihadapi rakyat.

“Hari ini saya berharap anda semua sedar iaitu apa yang saya jangkakan 2 tahun lalu telah terjadi pada hari ini,” katanya.

Komennya hari ini kelihatan komen umum yang kritikal terhadap kepimpinan politik negara, lebih 7 bulan selepas Mahathir melabelnya sebagai “budak kecil” dan “bodoh” pada Mei tahun lalu.

Ia susulan persengketaan terbuka mereka selepas komen Mahathir mengenai kuasa istana dalam pelantikan menteri besar baru, berikutan peletakan jawatan Osman Sapian pada Mac tahun lalu.

Hubungan antara Mahathir dan istana Johor tidak pernah mesra selepas Mahathir menolak pindaan perlembagaan pada 1990-an untuk menghalang imuniti raja-raja Melayu daripada dikenakan dakwaan jenayah.

Namun pada awal tahun lalu, Mahathir bertemu bapa TMJ, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di mana Sultan Johor mengambil langkah yang jarang berlaku apabila menghantar Mahathir ke lapangan terbang menaiki kereta Proton Saga edisi pertama.

TMJ berkata walaupun diberitahu untuk tidak membincangkan hal pentadbiran, beliau akan melakukan apa sahaja yang mampu “kerana itu adalah sumpah saya ketika saya ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor.” – FMT

Tags: JohorkoronavirusTunku Ismail Sultan IbrahimWarga China
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd