• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera AS Di Iraq Pindah Ke Kuwait

oleh
08/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGHDAD – Pakatan tentera asing diketuai Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dalam operasi memerangi kumpulan militan Daesh dilaporkan memindahkan ibu pejabat mereka atas faktor keselamatan selepas Parlimen Iraq meluluskan langkah untuk mengusir mereka pada Ahad lalu.

Agensi berita berbahasa Arab, al-Forat melaporkan pakatan antarabangsa itu membuat keputusan pemindahan pusat perintah dari Baghdad ke ibu negara Kuwait semalam selepas ketegangan kini semakin meningkat susulan insiden pembunuhan Komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral, Qasem Soleimani dan pemimpin kumpulan militan, Unit Mobilisasi Popular (PMU), Abu Mahdi al-Muhandis pada Jumaat lalu.

Rangkaian berita al-Jazeera berpusat di Qatar turut melaporkan perkara itu memetik laporan diterbitkan agensi berita Jerman, DPA.

Perkembangan itu dilaporkan sehari selepas Perdana Menteri, Adel Abdul-Mahdi memaklumkan Iraq dan AS sewajarnya bekerjasama untuk melaksanakan langkah menarik keluar kesemua anggota tentera asing dari negara tersebut.

“Perdana Menteri menegaskan tentang pentingnya kerjasama bersama terhadap langkah itu sejajar dengan resolusi Parlimen dan mengatur hubungan bersama Washington pada asas yang wajar.

“Beliau bimbang dengan situasi bahaya ketika ini dan kesannya. Iraq akan melakukan apa sahaja untuk mengelakkan peperangan tercetus,” ujar pejabat pemimpin itu dalam satu kenyataan. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatIranIraqKuwait
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Iran Isytihar Semua Pangkalan AS ‘Sasaran Sah’

Iran Isytihar Semua Pangkalan AS ‘Sasaran Sah’

04/01/2026
0

TEHERAN – Iran mengisytiharkan semua pangkalan dan pasukan tentera Amerika Syarikat di rantau Asia Barat sebagai 'sasaran sah', sekali gus...

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

Protes Semakin Ganas Di Iran, Enam Maut

02/01/2026
0

TEHERAN - Penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan terus bertempur di beberapa bandar di Iran pada Khamis selepas protes membantah kos...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd