• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah 2020 Tapi Masih Mentaliti Kelas Ketiga

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sambutan ambang tahun baru 2020 awal pagi semalam bukan sahaja meninggalkan seribu kenangan kepada rakyat namun turut meninggalkan sisa sampah yang bertaburan di sepanjang jalan sekitar ibu negara.

Perkara tersebut dikongsi syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. (Alam Flora) melalui foto yang memaparkan pelbagai jenis sampah termasuk tin dan botol minuman, plastik serta kotak bersepah di bahu dan tengah laluan jalan raya.

Ia hasil buangan orang ramai yang datang meraikan sambutan tahun baru yang membuktikan mentaliti segelintir rakyat Malaysia masih di takuk yang sama dan teruk walaupun sepatutnya perbuatan ini tidak dilakukan.

Gambar tersebut turut menunjukkan orang ramai yang berada di lokasi seolah-olah tidak ambil peduli sampah yang berlonggok di tepi jalan malah kenderaan yang melaluinya dilihat melanggar sisa buangan itu.

“Jumlah sampah dikutip di kawasan tumpuan selepas ambang tahun baru di Kuala Lumpur berjumlah 9 tan iaitu di KLCC mencecah sampah 4 tan manakala di Bukit Bintang dan Dataran merdeka kedua-duanya berjumlah 2.5 tan.

“10 unit jentera dan 100 pekerja diperlukan bagi melakukan misi pembersihan sempena ambang tahun baru,” kata Alam Flora.

Perkongsian Alam Flora itu tular di media sosial dan rata-rata pelayar Facebook berang dengan keadaan yang menjijikkan itu dan menyifatkan individu yang membuang sampah merata-rata sebagai orang tidak bertamadun.

Hal ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen juga mengecam sikap tidak bertanggungjawab tersebut.

“Tamadun ke macam ini. Perangai masing-masing makin mundur. Bab sampah pun gagal ada hati nak bina negara wawasan,” tulis Ummul Syabinar di Facebook.

Nurfarah Mazarina pula memberitahu, “Kalau ya pun pembuangan sampah merata ini angkara orang asing, rakyat Malaysia yang ada di sana tak mau tolong kutip sampah dan buang ke tong sampah.

“Janganlah buat-buat buta. Bukan tiada tong sampah disediakan. Tak guna tunding jari walhal benda mudah begini boleh dibuat,” tulisnya. – Sinar Harian

Tags: ambang 2020Sambutan Tahun Barusampah sarap
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pantai Tanjung Dawai Dicemari Sampah-Sarap

19/12/2021
0

SUNGAI PETANI : Pantai Tanjung Dawai, Merbok di sini yang sepatutnya indah setiap masa kini dicemari longgokan sampah- sarap yang...

Sambutan Tahun Baharu Kali Ini Dijangka Paling Berbeza

30/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Berbaki sehari lagi menjelang tahun baharu 2021, antara momen paling dinantikan rakyat Malaysia khususnya warga kota, adalah sambutan besar-besaran dan pertunjukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd