• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Bidas Himpunan Bantah PSS 15 Januari Ini

oleh
09/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KIMANIS – Ketua Menteri Sabah, Mohd Shafie Apdal membidas penganjuran himpunan membantah pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang dijangka diadakan pada 15 Januari ini.

Beliau, yang juga presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, demonstrasi atau sebarang himpunan bukanlah medan terbaik untuk mendapatkan sokongan rakyat, terutamanya pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

“Ini PRK, jadi (lebih baik) kita serahkan kepada rakyat untuk menentukan apa pandangan mereka mengenai perkara ini (PSS).

“Bagi saya ini bukan cara betul untuk melakukan sesuatu… ini adalah budaya yang tidak sepatutnya kita lakukan. Kita sebuah masyarakat matang (dan) yang penting pada kita adalah bagaimana mahu tambat hati rakyat,” katanya kepada pemberita selepas berkempen di kawasan Sinuka di sini, malam tadi.

Himpunan bantah PSS yang bakal diadakan di Pekan Membakut di sini pada 15 Januari ini adalah anjuran 2 badan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah.

Pada September tahun lepas, Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah bersetuju mengeluarkan PSS bermula 1 Jun tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan keputusan itu berkata, pengeluaran PSS adalah bagi menggantikan 3 dokumen dikeluarkan kepada warga asing tinggal lama di Sabah iaitu IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-Burung.

Muhyiddin berkata, pengeluaran PSS, antara lain diharapkan dapat menyelesaikan isu kepelbagaian dokumen serta dapat memudahkan penguatkuasaan serta pemantauan pergerakan warga asing oleh pihak berkuasa.

Tags: pas sementara sabahPRK KimanisShafie Apdalwarisan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Harga Minyak Susut

Next Post

Ketegangan Antara AS-Iran Cecah Tahap Tak Diingini

Related Posts

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

Gagasan Rakyat Terima Kemasukan 7 ADUN Daripada UMNO, WARISAN

06/03/2023
0

KOTA KINABALU: Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pihaknya sudah menerima kemasukan tujuh Ahli...

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Next Post

Ketegangan Antara AS-Iran Cecah Tahap Tak Diingini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd