• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Shafie Beri Wang Kepada Penduduk Sandakan, Bukannya Kimanis

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal berkata, penyebaran sekeping gambar beliau memberi wang kepada orang awam tidak berlaku di Kimanis yang dalam tempoh berkempen sempena pilihan raya kecil pada 18 Januari nanti.

Katanya, gambar itu diambil di Sandakan selepas beliau menunaikan solat di sebuah masjid susulan upacara pecah tanah untuk projek peluasan Lapangan Terbang Sandakan sehari sebelum penamaan calon PRK Kimanis pada Sabtu lalu.

“Pada masa itu, saya berada di Sandakan bersama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng untuk upacara itu, tetapi saya tidak cukup masa, jadi saya memutuskan untuk bersolat Jumaat di sebuah masjid berhampiran.

“Selepas itu, saya memberi sumbangan kepada penduduk yang tinggal dekat masjid itu kerana mereka daripada golongan miskin. Penduduk di Sandakan itu tidak mengundi di Kimanis,” katanya pada sidang media hari ini.

Upacara pecah tanah itu diadakan di Lapangan Terbang Sandakan pada 3 Jan lalu, di mana Shafie berhenti di Masjid Datuk Pangeran Galpam untuk menunaikan solat sebelum bertolak ke Kimanis yang jaraknya kira-kira 396.5km.

Gambar menunjukkan Shafie memberi wang itu dikongsi dalam kumpulan WhatsApp BN PRK Kimanis tanpa sebarang butiran.

Shafie menyifatkan dakwaan itu sebagai taktik kotor BN mencemarkan imejnya menjelang PRK Kimanis.

Katanya, sebagai ketua menteri Sabah, beliau tidak boleh berhenti menjalankan tugasnya hanya kerana PRK akan diadakan.

“Negeri ini akan lumpuh jika kerajaan negeri perlu menghentikan operasi apabila pilihan raya diadakan.” – FMT

Tags: politik wangPRK KimanisSabahShafie Apdalwarisan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd