• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semak Semula Lanjutan Konsesi Tol 20 Tahun – PAS

oleh
20/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – PAS meminta kerajaan Persekutuan menyemak semula tempoh lanjutan 20 tahun konsesi PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) sehingga tahun 2058.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meskipun pengurangan kadar tol 18 peratus tanpa bayaran pampasan akan dilakukan bermula 1 Februari ini, namun lanjutan 20 tahun sangat tidak munasabah.

“Keadaan tersebut menunjukkan bahawa Pakatan Harapan gagal menghapuskan tol secara berperingkat sebaliknya mengambil tindakan populis melanjutkan tempoh konsesi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, PLUS ialah aset strategik Khazanah Nasional dan ia harus memikirkan mekanisme terbaik untuk menjaga kepentingan rakyat.

“PAS percaya, tindakan Pengarah Urusan Khazanah Nasional mempertahan PLUS daripada dijual kepada sektor swasta yang lain sebenarnya mempunyai tawaran yang lebih baik.

“Sekiranya dihitung secara logik, rakyat akan terus terbeban dengan kaedah lanjutan tambahan konsesi 20 tahun dan ia tidak selari dengan hasrat awal pengambilalihan PLUS pada tahun 2011 dahulu,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan mengambil alih PLUS daripada pihak swasta menerusi UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2011 untuk menstruktur semula perjanjian konsesi berat sebelah yang telah dimeterai sejak tahun 1990-an.

“Sekurang-kurangnya kadar tol PLUS tidak dinaikkan sepanjang 10 tahun lalu dan pampasan kerajaan RM6.5 bilion tidak perlu dibayar lagi.

“Justeru, lebih baik Khazanah Nasional dan KWSP komited ke arah hasrat awal pengambilalihan tol dan tidak melanjutkan konsesi selama 20 tahun lagi,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Konsesi TolPASPLUS
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

WARISAN Nafi Laku Kekerasan Terhadap Papagomo

Next Post

Raja Permaisuri Agong Rasmi Hospital Tunku Azizah

Related Posts

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

‘PN Sedia Berdepan 3 Atau 4 Penjuru Pada PRK Ayer Kuning’

10/04/2025
0

KOTA BHARU: Perikatan Nasional (PN) bersedia berdepan pertembungan tiga atau empat penjuru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri...

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

Lebih 2.2 Juta Kenderaan Di Lebuh Raya PLUS Menjelang Aidilfitri

19/03/2025
1

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan peningkatan trafik sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada hari puncak menjelang Aidilfitri di...

Next Post

Raja Permaisuri Agong Rasmi Hospital Tunku Azizah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd