• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Yakin Negatif Koronavirus” – Ika Mustafa

oleh
27/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

“SAYA sudah bersedia.” Itu jawapan ringkas penyanyi, Ika Mustafa yang berdebar menanti keputusan sama ada dia positif dijangkiti wabak Koronavirus (2019-nCov) yang dijangka akan diketahui 9 malam ini.

Ika, 22, yang popular menerusi lagu Damaikanlah, dikuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB) sejak petang semalam selepas menunjukkan beberapa simptom jangkitan wabak itu.

“Saya memang dah bersiap sedia untuk terima sebarang keputusan daripada pihak hospital. Tapi, saya sangat yakin bahawa keputusannya adalah negatif,” katanya kepada Harian Metro.

Ika ketika dihubungi berkata, dalam hatinya dia yakin bahawa demam yang dialami adalah kebetulan sahaja.

“Walaupun saya menunjukkan beberapa simptom jangkitan wabak itu, saya rasa ia hanyalah kebetulan dan tidak serius. Saya tak rasa pun diri terkena wabak itu,” katanya.

Ika atau nama sebenarnya Nursyafiqah Mustafa juga mengakui sedikit tertekan apabila ada warganet yang menganggap bahawa perkongsiannya mengenai kuarantin adalah rekaan.

“Saya ada berkongsi mengenai kisah kuarantin ini di Twitter dan tak sangka pula, ramai yang nampak dan ulang kicau sehingga lebih 15,000 kali. Tapi, ada juga yang menganggap saya menipu.

“Sudahlah saya dalam keadaan kurang sihat sekarang, tak sangka ada juga yang anggap saya mereka-reka cerita. Harapan saya, semoga semua yang mengenali dapat doakan yang terbaik.

“Kalau boleh, elakkan dari bercuti ke mana-mana tempat kerana kita tak tahu kalau dalam pesawat yang dinaiki itu, ada orang yang terkena jangkitan dan sebagainya. Elakkan juga berada di kawasan ramai orang seperti lapangan terbang dan sebagainya,” katanya.

Sekiranya keputusan mengenai jangkitan koronavirus itu negatif, Ika berkata, dia masih lagi perlu dikuarantin di rumah selama dua minggu untuk pemantauan susulan.

Ika terbang ke Haikou, China atas urusan kerja pada 25 Januari lalu bersama 46 warga negara itu dan dalam pesawat sama, ada warga emas berusia 60-an yang dipercayai warga Wuhan, berada dalam keadaan tidak sihat.

Ika yang balik ke tanah air pada hari sama, bagaimanapun mula menunjukkan tanda-tanda seperti demam, batuk dan selesema sebelum dibawa oleh keluarganya ke klinik dan kemudiannya dirujuk ke HSB untuk dikuarantin. – myMetro Online

Tags: 2019-nCoVChinaika mustafakoronaviruspenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kaki

06/11/2025
0

Tahan Keretapi Laju Dari Bergerak Guna Kak CHINA, 6 November 2025 _ Satu insiden berlaku di Stesen Kereta Api Utara...

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

Pesawat AS Terhempas Di Laut China Selatan: China Sedia Bantu

27/10/2025
0

BEIJING: Kementerian Luar China menyatakan kesediaan memberikan bantuan kemanusiaan kepada Amerika Syarikat (AS), susulan insiden dua pesawat Tentera Laut AS...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd