• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabah Gantung Sementara Semua Penerbangan Dari China

oleh
31/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah mengambil keputusan untuk menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan dicarter dari China ke Sabah berkuat kuasa serta merta sehingga diberitahu kelak.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew berkata keputusan yang diambil semasa mesyuarat kabinet semalam adalah bagi menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat di negeri ini.

Beliau menekankan keputusan ini adalah hanya penggantungan sementara dan operasi perniagaan dijangka kembali seperti biasa apabila keadaan kembali normal.

“Walaupun penggantungan ini akan memberi kesan kepada industri pelancongan negeri, kerajaan memandang serius kesihatan dan kebajikan warga Sabah, dan kami mahu menghindari risiko mendedahkan rakyat kepada mana-mana individu yang mungkin merupakan pembawa wabak novel koronavirus.

“Penggantungan penerbangan ini merupakan satu keputusan yang amat sukar dan mungkin tidak dapat diterima dengan baik oleh peserta industri pelancongan,” kata Liew yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Liew berkata kerajaan negeri perlu memastikan kebajikan rakyat tidak terjejas, memandangkan ketidaktentuan dalam perkembangan wabak novel coronavirus.

Menurut beliau, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri akan memaklumkan kepada semua syarikat penerbangan mengendalikan laluan dari China ke Kota Kinabalu mengenai keputusan kerajaan itu.

“Ini bermakna semua penerbangan dari China akan dihentikan sementara dan tiada kemasukan untuk semua pelancong dari bandar raya-bandara raya China sepanjang tempoh penggantungan itu,” katanya.

Liew berkata Kerajaan China tidak membenarkan rakyatnya dari Wuhan, Xi’an, Beijing, Tianjin dan Guangzhou daripada melancong ke luar negara.

Sementara itu, Liew memberi jaminan kepada orang ramai bahawa kerajaan negeri memantau dengan rapi keadaan itu.

“Kerajaan sentiasa menerima perkembangan terkini daripada Jabatan Kesihatan negeri. Sementara itu tiada lagi kes dikenal pasti di Sabah, kita semua perlu berwaspada dan mengamalkan penjagaan kebersihan kendiri yang baik.

“Pada masa sama, kita perlu mendapatkan maklumat terkini yang benar daripada sumber yang boleh dipercayai dan tolong jangan sebarkan berita palsu atau yang belum disahkan,” kata beliau.

Tags: ChinakoronaviruspenerbanganSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

Ahli Parlimen Hulu Langat Nafi Tak Hirau Mangsa Banjir Kawasannya, Sibuk Berkaraoke Di Sabah

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan menafikan tohmahan beberapa pihak menuduhnya tidak mengambil berat nasib penduduk di...

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

SPRM Nafi Keluarkan Mesej Peringatan Rasuah PRN Sabah Menerusi WhatsApp

21/11/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nafi mengeluarkan mesej peringatan larangan terbabit rasuah yang tular di WhatsApp berkaitan Pilihan Raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd