• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Taiwan Mula Mengundi Hari Ini

oleh
11/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPEI – Pilihan raya Taiwan bermula pada hari ini dan keputusan paling awal dijangka diketahui beberapa jam selepas pusat pengundian ditutup pada 4 petang, lapor Agensi Berita Pusat Taiwan (CNA).

Terdapat lebih 19.31 juta pengundi berdaftar akan mengundi di 22 bandar dan daerah, hampir 70 peratus daripadanya datang dari enam majlis perbandaran khas iaitu Taipei, New Taipei, Taoyuan, Taichung, Tainan dan Kaohsiung, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat (CEC).

Seramai 1.18 juta pengundi berumur antara 20 hingga 23 tahun menyumbang sebanyak enam peratus undi dan pertama kali mengundi, kata CEC.

Sejumlah 17,226 pusat pengundian dibuka di seluruh Taiwan bermula 8 pagi hingga 4 petang.

Sejurus pusat pengundian ditutup, kertas undi akan dikira dan dimaklumkan kepada pihak berkuasa pilihan raya Pusat dan tempatan.

Presiden, Tsai Ing-wen dari parti yang memerintah, Parti Progresif Demokratik (DPP) dicabar Han Kuo-yu dari parti pembangkang utama, Kuomintang (KMT) dan James Soong, Pengerusi Parti People First (PFP).

Dalam Pilihan Raya Presiden 2016, Ing-wen menang mudah dengan mendapat 56.12 peratus undi berbanding Eric Chu dari KMT yang berkuasa ketika itu, hanya memperoleh 31.04 peratus dan James Soong 12.84 peratus.

Jumlah keluar mengundi sebanyak 66.27 peratus, terendah pernah dicatatkan dalam enam Pilihan Raya Presiden sejak 1996.

Dalam merebut kerusi Parlimen, DPP buat pertama kali meraih majoriti dengan memenangi 68 kerusi, KMT memperoleh 35 kerusi diikuti Parti New Power dengan lima kerusi dan Parti People First dua kerusi.

Tahun ini, seramai 650 calon dari 43 parti akan bersaing merebut 113 kerusi, menurut CEC.

Presiden baharu yang dipilih akan mengangkat sumpah jawatan pada 20 Mei manakala anggota Parlimen pada 1 Februari.

Tags: mengundipilihan raya taiwan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

PRK Ayer Kuning: Lebih 50 Peratus Keluar Mengundi Setakat Jam 3 Petang

26/04/2025
1

Tapah: Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning telah berjalan lancar dengan peratusan keluar mengundi...

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

Sarat Mengandung Tak Jadi Halangan Keluar Mengundi

17/08/2024
0

Meskipun usia kandungan mencecah lapan bulan, ia tidak menghalang Che Nurul Amira Che Mat, 35, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi DUN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd