• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sita Aset Ketua Sindiket Dadah

oleh
29/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHERAS – Polis menyita sejumlah aset dipercayai ada kaitan dengan ketua sindiket pengedaran dadah terdiri termasuk wang bernilai RM366 juta, hartanah, saham, kenderaan dan barang kemas dalam Op Eagle Diamond pada 16 Januari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, tindakan berkenaan adalah untuk melumpuhkan sindiket itu sepenuhnya walaupun suspek dipercayai bersembunyi di negara jiran.

“Kita bekerjasama dengan pihak berkuasa negara tersebut untuk menangkap suspek,” katanya pada sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Sementara itu, menurutnya, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman juga menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah gudang di Seberang Perai, Pulau Pinang.

“Kita merampas pelbagai peralatan memproses dadah, syabu seberat 4.98kg, serbuk dan cecair disyaki bahan kimia seberat 114.6kg yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM250,000.

“Lapan lelaki berusia 33 hingga 51 tahun termasuk lima warga Myanmar dan seorang warga China ditahan dan mendapat perintah reman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Pada 10 September tahun lalu, JSJN Bukit Aman melancarkan Op Eagle di Butterworth, Pulau Pinang dan berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan dadah antarabangsa apabila merampas 12 tan kokain yang dicampur dengan arang batu bernilai RM2.4 bilion. – Sinar Harian

Tags: op eagle diamondpolisSindiket Dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Zuraida Belum Terima Notis Saman Saifuddin

Next Post

3 Lagi Warga China Disahkan Positif Koronavirus

Related Posts

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

Kes Zara Qairina: Polis Tingkatkan Rondaan Di Tanah Perkuburan

11/08/2025
0

SIPITANG: Polis meningkatkan rondaan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Mesapol, di sini bagi memastikan keselamatan dan privasi penduduk susulan...

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

Polis Buru 2 Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Dan 5 Lagi

10/08/2025
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan menyifatkan keterangan diberi penyanyi dikir barat moden yang popular dengan lagu 'Bae Sobar Bae', Eda Ezrin...

Next Post

3 Lagi Warga China Disahkan Positif Koronavirus

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd