• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Berjaya Kesan Aset Milik Jho Low, Keluarga

oleh
14/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan polis berjaya mengesan aset dalam bentuk hartanah di dalam negara bernilai jutaan ringgit dipercayai milik ahli perniagaan dikehendaki Low Taek Jho dan keluarganya.

Abdul Hamid berkata, walaupun pada ketika ini beliau masih gagal membawa pulang Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low, beliau tidak akan putus asa memandangkan wang dimiliki ahli perniagaan itu dirompak dari rakyat.

“Saya tidak putus asa. Sebagaimana saya sebutkan, ini adalah satu rompakan yang besar, merugikan negara dan saya dengar-dengar dia masih mempunyai berbilion (wang) lagi yang dalam kawalan dia.

“Terbaru, yang paling saya hendak sebutkan di sini, usaha mengesan aset milik keluarga ‘perompak’ ini, menemui beberapa kejayaan. Kita dalam usaha untuk ambil semula, sita dan rampas.

“Aset itu dalam bentuk harta, premis kediaman di dalam negara. Nilainya adalah jutaan ringgit. Ia adalah wang anda, wang saya dan wang kita. Kita mahukannya setiap sen semula,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

Terdahulu, Low memberitahu The Straits Times dalam satu temubual e-mel, bahawa beliau hanya akan pulang dan berdepan tuduhan berkaitan skandal 1MDB, jika iklim politik sesuai.

Keberadaan ahli perniagaan itu belum diketahui, dan baru-baru ini Abdul Hamid menyuarakan kekecewaan apabila terdapat pihak berkuasa asing enggan bekerjasama menangkapnya.

Abdul Hamid turut mencabar Low supaya pulang ke Malaysia bagi menghadapi perbicaraan di mahkamah.

Bahkan beliau berjanji akan memberikan jaminan keselamatan sekiranya ahli perniagaan itu pulang ke negara ini.

“Berdasarkan kenyataannya, dia hendak cuci tangan, seolah-olah tidak terlibat. Kalau betul baliklah, saya beri jaminan tentang keselamatan dirinya.

“Dia boleh dapat haknya dari segi undang-undang dan dapatkan khidmat peguam terbaik di dunia. Jangan hendak perlekehkan kononnya sistem perundangan negara kita itu dan ini, sebab itulah dia tidak berani balik dan kononnya polis kejam,” katanya.

Pihak berkuasa AS memfailkan 30 tuntutan pelucuthakan ke atas hartanah, pelaburan, hasil seni dan barang kemas bernilai AS$1.7 bilion yang dibeli Low dan sekutunya. – FMT

Tags: Abdul Hamid BadorasetJho Low
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

Malaysia Terus Kerjasama Agensi Antarabangsa Bawa Pulang Jho Low – Bukit Aman

08/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia terus komited bekerjasama dengan agensi antarabangsa untuk membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau...

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

Dakwaan Jho Low Menetap Di Shanghai, PM Minta KDN Buat Semakan

19/07/2025
0

Bayan Lepas: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia belum menerima maklumat mengenai Low Taek Jho atau Jho Low yang dilaporkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd