• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Permaisuri Zarith Sofiah Opera House’ Pusat Seni Budaya Di JB

oleh
20/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Diinspirasikan daripada bentuk berlian mahkota permaisuri, “Permaisuri Zarith Sofiah Opera House” yang dibuka secara rasminya kepada umum malam tadi, bakal menjadi tarikan terbaharu bandar raya ini terutama bagi pelancong yang berminat dengan seni dan budaya.

Panggung yang berkeluasan 114,430 kaki persegi dan siap dibina pada tahun lepas itu boleh memuatkan lebih 500 penonton yang mahukan kelainan dan merasai sendiri pementasan seni dan budaya berciri “premium” seperti muzikal, orkestra mahupun balet.

Berkenan merasmikan panggung berkenaan pada malam tadi ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Turut berangkat sama pada majlis perasmian itu, Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan anakanda baginda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dan barisan Exco kerajaan negeri.

Dengan perkenan daripada Sultan Ibrahim, panggung opera berkenaan diberi nama bersempena Permaisuri Raja Zarith Sofiah.

Tags: JohorPermaisuri Zarith Sofiah Opera House
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd