• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbetul Tanggapan Pergi Haji Sembuh Penyakit Atau Meninggal

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Tanggapan masyarakat di negara ini bahawa pergi menunaikan haji untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi atau meninggal dunia di Tanah Suci adalah persepsi yang perlu diperbetulkan, menurut Timbalan Ketua Rombongan Haji (Perubatan) 1440H/2019M, Dr. Mohammad Faid Abd Rashid.

Dr. Mohammad yang kali kelima bertugas mengetuai pasukan petugas perubatan haji Malaysia tahun lepas, berkata, haji merupakan rukun Islam kelima diwajibkan atas umat Islam yang mampu antaranya dari segi kesihatan dan sepatutnya dilakukan demi mendapatkan haji mabrur dengan keizinan Allah.

Beliau berkata, kesihatan merupakan syarat dalam kemampuan menunaikan haji atau istita’ah, justeru mereka yang tidak mampu dari sudut kesihatan tidak wajib menunaikan haji.

“Haji tidak sama dengan ibadah lain seperti solat yang jika tidak mampu, boleh solat dengan cara duduk, tetapi haji perlu ada kemampuan fizikal untuk melakukan rukun ibadah haji.

“Tujuan kerjakan haji bila balik kita dapat haji mabrur dan sihat, bukan anggapan pergi sana sembuh penyakit atau untuk meninggal dan sebagainya, itu salah. Kami (pasukan petugas perubatan haji) akan bantu untuk dapatkan kesihatan yang baik dan dapatkan haji mabrur,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dr. Mohammad Faid yang juga Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan berkata, perkara paling penting dalam menentukan sama ada seseorang itu layak berdasarkan istita’ah kesihatan adalah pemeriksaan kesihatan yang dilakukan di negara asal sebelum mereka berlepas ke Tanah Suci.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada bakal jemaah haji supaya melakukan pemeriksaan kesihatan dan saringan lebih awal bagi mengesan penyakit yang dihidapi mereka.

“Mula-mula stabilkan penyakit bakal jemaah, kalau tidak lulus juga, rujuk kepada doktor pakar lihat apa boleh dilakukan. Jika akhir peringkat tidak layak, mereka ini tidak layak dari segi istita’ah kesihatan dan tidak wajib mengerjakan haji,” katanya.

Beliau berkata antara penyakit yang tidak mewajibkan seseorang mengerjakan haji dari segi istita’ah kesihatan ialah penyakit mental dan pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan hemodialisis.

Katanya,  satu lagi persepsi perlu diperbetul jemaah haji ialah menganggap mereka yang sakit tidak mempunyai masalah mengerjakan haji kerana kemudahan kesihatan dan perubatan telah disediakan di Tanah Suci.

Dr. Mohammad Faid berkata, kemudahan disediakan Kementerian Kesihatan (KKM) bersama Tabung Haji (TH) adalah berfokus kepada merawat penyakit yang dihidapi jemaah haji di Tanah Suci, dan bukan merawat penyakit yang dibawa dari Malaysia.

“Ramai anggap dah bawa doktor pakar dan ada kemudahan kesihatan perubatan, mereka (hidap penyakit) boleh pergi, itu tidak benar kerana ada rawatan yang di luar kawalan kita. Contohnya kurang darah anemia perlu buat pemindahan darah dan pesakit perlu dibawa ke Hospital Arab Saudi.

“Pasukan kami punya kemudahan kesihatan dan perubatan yang amat baik, tetapi kami tidak boleh rawat semua pesakit. Kami khuatir ada kemungkinan mereka tidak istita’ah kesihatan jadi lebih teruk dan meninggal dunia di Tanah Suci,” katanya.

Bagaimanapun beliau menegaskan jemaah haji yang telah lulus pemeriksaan kesihatan di Malaysia, namun menghidap penyakit serius di Tanah Suci akan mendapat rawatan terbaik, malah pihak kami melaksanakan program seperti Safari Wukuf bagi membantu jemaah haji itu melengkapkan ibadah haji mereka.

“Pada program Safari Wukuf musim haji 2019 seramai 119 jemaah haji kami bawa dalam bas khas dan ambulans untuk mereka wukuf di Arafah. Jemaah haji yang tidak mampu tinggal lama, juga diaturkan untuk balik awal ke Malaysia,” katanya.

Tags: HajiMakkahmeninggal duniasembuh penyakitTanah Suci
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd