• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penunggang Dego Ride Perlu Diwajibkan Lesen PSV

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) digesa memberikan layanan sama terhadap penunggang perkhidmatan e-hailing motosikal pertama negara, Dego Ride, dengan mewajibkan mereka mengambil Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV).

Presiden Gabungan Teksi SeMalaysia (GTSM), Kamaruddin Mohd Hussain berkata ia seperti mana yang ditetapkan Kementerian Pengangkutan ke atas pemandu e-hailing yang menggunakan perkhidmatan aplikasi Grab, MyCar dan lain-lain.

“Kami tidak membantah apa-apa pelancaran atau pengenalan perkhidmatan pengangkutan e-hailing, Dego Ride juga termasuk dalam konsep e-hailing. Mereka sediakan perkhidmatan pengangkutan awam dan jika mengambil penumpang, mereka perlu ada lesen PSV.

“Bahkan, motosikal yang digunakan juga perlu jalani pemeriksaan awalan dan berkala. Ini untuk membuktikan kerajaan PH melaksanakan undang-undang yang adil dan saksama kepada semua masyarakat,” katanya kepada FMT.

Lesen PSV e-hailing adalah lesen memandu vokasional yang membenarkan pemegang lesen, memandu kenderaan awam seperti teksi dan mengambil penumpang.

Menurut Kamaruddin, “padang” yang sama harus diberikan kepada Dego Ride supaya pengendali aplikasi itu tidak dianggap menerima layanan istimewa oleh pihak tertentu, selain rakyat beranggapan undang-undang berbeza dikenakan kepada syarikat berkenaan.

“Walaupun secara tidak langsung ia menjejaskan pendapatan pemandu teksi, kita tetap terima. Cuma, pelaksanaan itu biarlah adil, jangan ada yang mempunyai agenda dan kepentingan poket sendiri, maksudnya banyak perkara diberikan kelonggaran,” katanya.

Perkhidmatan e-hailing motosikal Dego Ride kembali beroperasi semalam setelah mendapat kelulusan khas daripada Kabinet.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ketika merasmikan pejabat urusan Dego Ride di Kuala Lumpur semalam, berkata kira-kira 5,000 peluang pekerjaan untuk belia B40 akan tercipta dengan pelancaran semula perkhidmatan tersebut.

Beliau turut berharap syarikat itu tumbuh setara gergasi e-hailing motosikal lain seperti Grab dan Gojek dari Indonesia.

Pengasas Dego Ride, Nabil Feisal Bamadhaj berkata setakat semalam, 4,000 orang sudah memohon untuk menjadi penunggang dengan 100 orang daripadanya merupakan penunggang wanita.

Pada 2017, kerajaan melarang perkhidmatan perkongsian motosikal Dego Ride atas sebab keselamatan penunggang dan penumpang.

Tahun lepas, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook berkata Putrajaya tidak berhasrat untuk membenarkan perkhidmatan itu.

Kementerian berkata kemungkinan penunggang terbabit dalam kemalangan adalah 42.5 kali lebih tinggi berbanding bas dan 16 kali lebih tinggi berbanding kereta.

Bagaimanapun, Kabinet pada Ogos lalu bersetuju memperkenalkan perkhidmatan perkongsian motosikal di Malaysia. – FMT

Tags: Dego Ridee-hailinglesen psvteksi motosikal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

Pemandu E-hailing Cedera Di Muka, Dipukul Dengan Pengunci Stereng

28/12/2025
0

Johor Bahru: Seorang lelaki cedera di muka selepas dipukul menggunakan alat pengunci stereng dalam kejadian dipercayai berpunca akibat salah faham...

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

Wanita Warga Emas Pemandu E-hailing Parah Dikelar, Ditinggalkan Di Kawasan Parkir

23/12/2025
0

SEPANG: Seorang wanita warga emas yang juga pemandu e-hailing, parah di leher dan lengan kiri akibat dikelar dengan senjata tajam,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd