• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelaksanaan Pas Sementara Sabah Dibatalkan

oleh
22/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kerajaan negeri membuat keputusan membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) yang dijangka dilaksanakan Jun ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, perkara itu diputuskan oleh jemaah menteri dalam Mesyuarat Kabinet Negeri hari ini supaya PSS dibatalkan selepas mendengar suara rakyat secara keseluruhan.

“Kita mendengar suara rakyat yang ada. Maka itu Kabinet negeri memutuskan supaya kita maklumkan kepada Kementerian Dalam Negeri selaku kementerian yang bertanggungjawab membatalkan rancangan untuk meneruskan pelaksanaan PSS, Jun ini.

“Kita akan maklumkan kepada KDN dalam pertemuan minggu depan mengenai perkara ini,” katanya dalam sidang media di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS), di sini, hari ini.

Mohd Shafie berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak berhubung PSS.

PSS menjadi antara isu besar ketika kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis baru-baru ini yang menyaksikan Barisan Nasional mengekalkan kemenangan di situ. – BH Online

Tags: pas sementara sabahpss
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Terima Keputusan Sabah Batal PSS

23/01/2020
0

SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil pendirian yang sama dengan kerajaan Sabah berhubung pembatalan Pas Sementara Sabah (PSS)....

PSS Batal Hasil Desakan Rakyat – Zahid

23/01/2020
0

KUALA LUMPUR - UMNO menyifatkan pembatalan keputusan untuk melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS) merupakan hasil desakan rakyat Sabah yang menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd