• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MSM Masih Beli Gula Mentah India

oleh
23/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) meneruskan pembelian gula mentah dari India bagi memenuhi keperluan suku pertama 2020.

Gula mentah dianggarkan berjumlah 130,000 tan bernilai hampir RM200 juta dijangka tiba melalui tiga penghantaran sekitar bulan Januari dan Februari.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM, Datuk Khairil Anuar Aziz berkata, MSM akan terus mengimport gula mentah daripada negara-negara pengeluar terbesar seperti India, Brazil, Thailand dan yang lain, di samping memastikan kos gula mentah tersebut adalah konsisten.

India, Brazil dan Thailand merupakan negara-negara pengeluar gula terbesar di dunia.

Pengeluaran gula mentah India dilaporkan akan berkurangan untuk tahun kewangan 2019/2020 berikutan cuaca kering.

Walau bagaimanapun, untuk tahun kewangan 2020/2021, pengeluaran India dijangka pulih berikutan kekerapan hujan di Maharashtra.

Sementara itu, pengeluaran di Brazil pula diramalkan stabil.

“Pengilang-pengilang lebih berminat dalam pengeluaran ethanol memandangkan harga lebih memberangsangkan.

“Di Thailand, pengeluaran bagi tahun kewangan 2019/2020 telah berkurangan disebabkan kitaran hujan yang sangat kurang di kawasan tanaman utama.

“Di samping kos penghantaran yang kompetitif, gula mentah dari India turut mempunyai kualiti setara, memberikan nilai tambah dan kelebihan pada MSM dalam memastikan kemampanan bekalan gula mentah berkualiti tinggi untuk kilang-kilang penapisan serta pemantauan perolehan gula mentah yang lebih efisien sebagai strategi penambahbaikan operasi dan penjimatan, sekali gus meningkatkan kecemerlangan operasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Melangkah ke hadapan, MSM telah bersiap sedia untuk meneruskan perniagaan yang lebih mampan pada jangka masa panjang, di samping kekal kompetitif dalam pasaran tempatan dan antarabangsa.

Khairil Anuar menambah, MSM juga komited dalam melaksanakan pelan pertumbuhan strategik untuk disiplin dalam perbelanjaan dan mendefinisi semula perniagaan melalui pembangunan produk-produk baru, peningkatan kecekapan operasi dan pengurangan kos penapisan, serta proses perolehan gula mentah yang lebih efektif.

Tags: gula mentahIndiaminyak sawitMSM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye Ke “International Fleet Review 2026”

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye Ke “International Fleet Review 2026”

02/11/2025
0

India Tidak Menjemput China, Pakistan dan Turkiye ke “International Fleet Review 2026” New Delhi – Dalam satu langkah yang menarik...

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India 

29/10/2025
0

BJP Melakukan Pembersihan Etnik Ke Atas Masyarakat Islam India  Oleh Mynewshub  Istilah pembersihan etnik merujuk kepada usaha sistematik untuk mengusir,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd