• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masih Tunggu Keputusan Laporan Koroner Australia

oleh
03/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Luar sedang menunggu laporan koroner yang akan dikeluarkan pihak Australia berhubung insiden Mohammad Farhan Fudhail Mohammad Farid, 16, yang maut ketika bermain papan selaju di Townsville, Queensland, Australia pada Ahad lalu.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya sedang menunggu laporan itu sebelum memutuskan untuk mengambil tindakan bersesuaian.

“Wakil Malaysia di sana (Australia) sudah berhubung dengan ibu Allahyarham dan buat masa ini, kita sedang berusaha untuk membawa keluar jenazah dari hospital memandangkan ada keperluan pemeriksaan dilakukan pihak hospital.

“Walaupun pihak keluarga tidak mahu melakukan bedah siasat, tetapi, laporan koroner perlu dilakukan dan sepatutnya keputusan itu sudah diketahui hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Back 2 School kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Indera Mahkota, di Perpustakaan Desa Indera Mahkota 1 di sini, semalam.

Mohammad Farhan Fudhail dilaporkan maut ketika bermain papan selaju bersama rakannya selepas terlanggar tiang. – myMetro Online

Tags: Australiakemalangan mautMohammad Farhan Fudhailpapan selaju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

Dua Beranak Maut Motosikal Hilang Kawalan Bertembung Pacuan Empat Roda

05/07/2025
0

TANGKAK – Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda dan motosikal di Kilometer 2.5, Jalan Sialang pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd