• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAS Ambil Langkah Pencegahan Virus Koronavirus

oleh
21/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) menyokong penuh langkah yang diambil pihak berkuasa kesihatan antarabangsa dan tempatan dalam berhadapan dengan risiko penyebaran wabak koronavirus China.

Syarikat penerbangan nasional itu dalam satu kenyataan menyatakan sudah mengambil langkah mengikuti semua prosedur mengendalikan penumpang seperti yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) terutama ketika berinteraksi dengan mereka yang berpotensi dijangkiti penyakit itu.

“Syarikat kami juga mengambil langkah kawalan tertentu untuk mengurangkan risiko penyebaran penyakit dalam penerbangan.

“Langkah itu termasuk pemeriksaan pra-pelepasan terhadap pelancong terutama mereka yang kurang sihat, menyediakan kit penyakit berjangkit dan ubat-ubatan dalam setiap pesawat sebagai persediaan berhadapan dengan penumpang yang sakit,” kata kenyataan itu.

Kementerian Kesihatan dilaporkan meningkatkan langkah pencegahan, terutama di pintu masuk berikutan penyebaran wabak radang paru-paru (pneumonia) di Wuhan, China.,

Malaysia dijangka menerima kehadiran 30 juta pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 dan jumlah pelancong China dijangka bertambah dengan pelepasan visa 15 hari yang diberikan kerajaan, baru-baru ini.

Sebelum ini, media melaporkan satu virus baharu daripada kumpulan virus sama yang mencetuskan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), dikesan tersebar di luar sempadan China buat kali pertama dengan satu kes muncul di Thailand, minggu lalu.

Laporan memetik doktor Thailand yang mengesan seorang pelancong China dengan pneumonia ringan, sebelum disahkan berpunca daripada koronavirus baharu yang dikesan di China. – BH Online

Tags: ChinakoronavirusMalaysia Airlineswabak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

LTTE: 5 Lelaki Termasuk ADUN Mengaku Tak Bersalah

Next Post

Surat Dakwa Zuraida Sertai BERSATU Adalah Palsu

Related Posts

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

Ketibaan Pelancong China Ke Pulau Pinang Melonjak 218.86 Peratus

19/05/2025
0

GEORGETOWN: Ketibaan pelancong dari China ke Pulau Pinang melonjak sebanyak 218.86 peratus pada 2024 berbanding tahun sebelumnya, sekali gus menjadikan...

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

Malaysia Perkukuh Dagangan Di China, Sasar Peluang Baharu Pasaran Minyak Sawit

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia sedang mengukuhkan hubungan perdagangan strategiknya dengan China menerusi lawatan rasmi selama seminggu diketuai Timbalan Menteri Perladangan dan...

Next Post

Surat Dakwa Zuraida Sertai BERSATU Adalah Palsu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd