• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tawar Bantuan Kepada Australia Padam Kebakaran

oleh
06/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia bersiap sedia untuk menghulur bantuan yang perlu bagi membantu Australia yang kini berhadapan dengan krisis kebakaran hutan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, bantuan itu termasuk penghantaran anggota Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), aset dan pegawai untuk membantu memadamkan kebakaran berkenaan dengan secepat mungkin dan bagi menyokong operasi menyelamat Australia.

“Saya amat sedih bila mengetahui mengenai keadaan buruk kebakaran itu yang menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan besar di Australia.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya ingin melahirkan rasa takziah kepada mangsa, keluarga mereka dan semua yang terbabit. Doa kami mengiringi bersama-sama rakyat Australia semasa tempoh sukar ini,” katanya dalam akaun Facebook rasmi beliau, hari ini.

Menurut laporan media, seramai 24 orang terbunuh dan hampir 2,000 rumah musnah apabila kebakaran hutan itu memusnahkan tiga negeri di Australia membabitkan kebakaran kira-kira lima juta hektar tanah. – BH Online

Tags: AustraliaKebakaran hutanMalaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Yakin ASEAN Terus Jadi Tonggak Keamanan, Kestabilan Serantau

Malaysia Yakin ASEAN Terus Jadi Tonggak Keamanan, Kestabilan Serantau

25/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Malaysia menegaskan komitmen untuk memperkukuh kerjasama politik, perundangan dan keselamatan serantau bagi memastikan ASEAN kekal sebagai rantau yang...

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

Rundingan Perdagangan Malaysia-AS Diumum Ahad Ini – Tengku Zafrul

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mengesahkan rundingan perjanjian perdagangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd