• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Majlis Presiden PH Dicabar Tetapkan Peralihan Kuasa PM

oleh
15/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) didesak membuat ketetapan jelas mengenai peralihan kuasa Perdana Menteri bagi mengelakkan pertikaian dalam gabungan parti itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Selangor dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mohd Shaid Rosli, berkata adalah kurang sihat atau kurang ajar apabila segelintir pimpinan komponen PH membuat kenyataan terbuka di forum dan media, mendesak Tun Dr. Mahathir Mohamad mengotakan janji melepaskan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, presiden setiap komponen PH seharusnya faham cara terbaik memberi nasihat kepada pemimpin bawahannya supaya tidak terlalu kurang ajar.

“Semua sedia maklum bahawa keputusan Majlis Presiden PH adalah muktamad dalam hal ini. Saya selaku ahli BERSATU yang juga ADUN Jeram mendesak Majlis Presiden PH segera mengeluarkan kenyataan mendesak Dr. Mahathir meletakkan jawatan atau meminta beliau mengekalkan jawatannya.

“Jangan hanya bersandiwara dan memperlekeh nilai seorang negarawan. Jangan hanya tahu mendesak, tetapi apabila disuruh membuat keputusan, Majlis Presiden PH sendiri tidak berani,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai wakil rakyat PH, seharusnya semua perlu memahami bahawa menghormati pemimpin adalah satu keutamaan.

“Jika kamu (Majlis Presiden PH) berani buat keputusan mendesak Dr. Mahathir melepaskan jawatan, maka buatlah.

“Jika tidak, kamu buat satu kenyataan bersama Majlis Presiden PH mahukan Dr. Mahathir kekal menjadi Perdana Menteri hingga satu masa yang sesuai untuk diserahkan kepada penggantinya,” katanya.

Beliau mengulas mengenai gesaan beberapa Ahli Parlimen PKR yang mahu Dr. Mahathir membuat ketetapan tarikh peralihan kuasa kepada Anwar.

Dr. Mahathir dalam sidang medianya semalam menyerahkan kepada Majlis Presiden PH untuk memutuskan mengenai kedudukannya ketika ini. – BH Online

Tags: Anwar IbrahimMahathir MohamadMajlis Presiden PHPerdana Menteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

Kesan Konflik Asia Barat Terhadap Negara Masih Terkawal – Anwar

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kesan konflik di Asia Barat terhadap Malaysia masih terkawal. Bagaimanapun,...

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

Isham Jalil Saran Anwar Berundur, Dakwa Tidak Mampu Tadbir Negara

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan penyelarasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd