• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Rayuan Kekal Pembebasan ‘Sultan Melaka’

oleh
03/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan pembebasan ahli perniagaan, Noor Jan Tuah daripada empat pertuduhan menipu dan menyamar sebagai Sultan Melaka pada Disember 2013.

Rayuan terakhir pihak pendakwaan selaku perayu terhadap pembebasan Noor Jan, 62, ditolak sebulat suara oleh panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Hakim Yaacob, yang mengetuai panel itu berkata, tiada merit dalam rayuan perayu untuk mahkamah mencampuri keputusan dibuat oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi Melaka yang melepaskan dan membebaskan responden (Noor Jan) daripada kesemua pertuduhan berkenaan.

“Oleh itu, rayuan pihak pendakwaan ditolak,” kata Hakim Yaacob yang turut berterima kasih kepada pihak pendakwaan dan pembelaan yang berhujah pada hari ini.

Terdahulu, peguam Datuk Shaharudin Ali yang mewakili Noor Jan berhujah bahawa tiada asas untuk pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan dua mahkamah sebelum ini yang melepaskan dan membebaskan anak guamnya.

“Pegawai penyiasat di dalam kes ini telah mengaku bahawa siasatan gagal dilakukan berkenaan kesahihan laman Facebook yang menyebabkan laporan terhadap anak guam dibuat.

“Tanggapan dua orang awam yang membaca Facebook itu seterusnya menyebabkan laporan dibuat terhadap anak guam seolah-olah memandai menuding jari kepadanya (Noor Jan) dengan mengatakan dia adalah ‘Sultan Melaka’ sedangkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysian tidak berjaya mengenal pasti pemilik FB dan gagal mengaitkan anak guam terlibat dengan laman sosial itu,” katanya.

Peguam itu berkata, saksi yang tampil ke mahkamah bagi memberi keterangan dalam perbicaraan, turut menyatakan bahawa Noor Jan bukan Sultan Melaka.

Pada 10 April tahun lepas, Mahkamah Tinggi Melaka mengekalkan pelepasan dan pembebasan Noor Jan daripada kesemua pertuduhan itu selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 3 Julai 2018 berhubung pembebasannya.

Mengikut keempat-empat pertuduhan, Noor Jan dituduh menipu Zaamat Md Idris, 68, Mokhtar Md Yusof, 59, Ahmad Zainudin Abdul Hamid, 66, dan Hazizi Ikhwan Zaamat, 37, dengan cara samaran supaya keempat-empat mangsa mempercayai tertuduh ialah Sultan Melaka dengan membuat majlis istiadat penyerahan surat pelantikan sebagai Sultan Melaka sedangkan itu bukan identiti sebenar tertuduh.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah pusat peranginan di Alor Gajah, dekat sini, pada 10 malam, 28 Disember 2013, mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Noor Jan ketika ditemui pemberita menzahirkan rasa syukur dengan keputusan hari ini yang memihak kepadanya.

Tags: Mahkamah Rayuannoor jan tuahsultan melaka
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

04/11/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak...

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd