• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Serah Watikah Pelantikan Kepada KSN Baharu

oleh
02/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Negara (KSN) baharu, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan bekas KSN, Tan Sri Dr. Ismail Bakar.

Dalam pertemuan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, Perdana Menteri turut menyampaikan watikah pelantikan sebagai KSN kepada Mohd Zuki dan menyaksikan penyerahan nota serah tugas daripada Ismail kepada KSN baharu itu.

Mohd Zuki yang ditemui media selepas pertemuan selama setengah jam itu, berkata Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi supaya penjawat awam terus dihormati.

“Dalam masa yang sama, penjawat awam juga perlu berusaha untuk menghormati, kerana untuk dihormati kita juga perlu menghormati sama ada peraturan, prosedur atau pemegang taruh (di jabatan atau agensi masing-masing).

“Harapan saya kepada penjawat awam mudah-mudahan selepas ini, mereka sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan luar jangka dan yang paling mustahak hendaklah ikut ikrar perkhidmatan awam dan Rukun Negara,” katanya.

Mohd Zuki turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menggalas amanah itu dan akan melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan ikhlas.

“Ini untuk memastikan penjawat awam terus berjaya melaksanakan amanah seperti yang telah dijanjikan ketika mengangkat sumpah jawatan masing-masing,” katanya.

Mohd Zuki, 58, dilantik sebagai KSN berkuat kuasa semalam menggantikan Ismail yang bercuti sebelum persaraan wajib.

Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada Nanyang University, Singapura, mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan telah berkhidmat selama 28 tahun.

Sebelum pelantikan terkini, Mohd Zuki ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau juga pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sarawak.

Tags: Ketua Setiausaha NegaraMahathir Mohamadmohd zuki ali
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

35,000 Isi Rumah Terjejas Bekalan Air Akibat Amonia Di Muar

Next Post

Kelantan Terima RM400 Juta Daripada Mahathir

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

Next Post

Kelantan Terima RM400 Juta Daripada Mahathir

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd