• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir Gembira Melihat Kejayaan Putrajaya

oleh
01/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad gembira melihat Putrajaya yang dibangunkannya kini berusia 25 tahun.

Menurutnya, pusat pentadbiran Putrajaya dibangunkan hasil daripada perpaduan, kestabilan dan keamanan negara.

“Sebenarnya saya tidak bermimpi untuk melihat acara seperti ini,” katanya dalam ucapan ringkas dihadapan ribuan pengunjung Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2019 bersempena pelancaran Sambutan Jubli Perak Putrajaya di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis itu, isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad; Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Hajah Rosida Jaafar dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Dr. Aminuddin Hassim.

Dalam ucapannya menyeru seluruh rakyat bersatu dan menzahirkan rasa sayang kepada negara serta Putrajaya.

“Sayangilah Putrajaya, sayangilah negara kita bersama,” katanya.

Tahun 2020 merupakan tahun signifikan kepada Putrajaya yang dibangunkan hasil idea Dr. Mahathir sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri keempat.

Sambutan Jubli Perak Putrajaya diraikan dengan penuh kemeriahan sepanjang tahun.

Padat dengan pelbagai acara, program serta pengisian yang dibawakan khas bermula bulan Januari tahun hadapan, kemuncak sambutan adalah pada 29 Ogos 2020 di mana Kapsul Masa yang ditanam sendiri oleh Dr. Mahathir pada 29 Ogos 1995 iaitu 25 tahun yang lalu akan dikeluarkan dan dibuka.

Tags: ambang 2020Mahathir MohamadPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

PN Yakin Tawan Semula Putrajaya Pada PRU16

PN Yakin Tawan Semula Putrajaya Pada PRU16

06/09/2025
0

SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menawan semula tampuk kuasa di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd