• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 109,000 Kanak-Kanak Diberi Vaksin Polio Di Sabah

oleh
27/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kira-kira 109,200 kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di Sabah diberikan vaksin polio sehingga Sabtu lepas melalui Kempen Imunisasi Polio Sabah (KIPS 2019/2020) yang dilaksanakan sejak 27 Disember, 2019.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu merangkumi 27.93% daripada kira-kira 391,040 kanak-kanak berusia bawah 5 tahun di 25 daerah di Sabah.

“Pada hari ini genap sebulan sejak KIPS 2019/2020 dilancarkan. Aktiviti Imunisasi Tambahan (SIA) ini adalah fasa kedua tindakan kawalan dan pencegahan wabak polio di Sabah dengan imunisasi polio dos 1 diberi secara titisan ke mulut (OPV).

“Pelaksanaan SIA di beberapa daerah amat mencabar dari segi logistik dan keselamatan kakitangan kesihatan. Contohnya, mereka perlu menaiki bot atau perahu, meredah air serta berjalan sejauh 3 km untuk sampai ke kampung yang dituju,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Noor Hisham mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan dan sukarelawan di lapangan yang bertungkus-lumus dalam menyelamatkan negara daripada polio. Untuk rekod, tiga kes polio dicatatkan di Sabah setakat ini iaitu di Tuaran, Sandakan dan Kinabatangan.

Pada 8 Disember 2019, Kementerian Kesihatan memaklumkan seorang bayi lelaki berumur 3 bulan dari Tuaran, Sabah disahkan dijangkiti penyakit polio, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada virus itu.

Ini mendorong kerajaan mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga dan memberikan advokasi bagi mengekang penyebaran wabak berkenaan.

Tags: kanak-kanakKKMSabahvaksin polio
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

Lebih 60 Peratus Kanak-kanak Miliki Peranti, Layari Internet Hingga 4 Jam Sehari

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 55.7 peratus kanak-kanak di negara ini menggunakan internet selama satu hingga empat jam sehari tahun lalu. Pengerusi...

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

Urus Kesihatan Mental Kanak-kanak Perlu Kepakaran Profesional, Elak Beban Guru

02/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat mengesyorkan pengurusan kesihatan mental kanak-kanak memerlukan perkhidmatan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd