• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Latheefa, Azam Baki Beri Keterangan Hampir 4 Jam

oleh
17/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya selesai memberi keterangan selama hampir 4 jam kepada pegawai penyiasat polis dari Bukit Aman di SPRM, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh SPRM dalam satu kenyataan, petang tadi.

“Timbalan ketua pesuruhjaya Azam Baki dan 5 orang pegawai lain juga turut hadir memberikan keterangan secara berasingan antara jam 2.45 petang hingga 6.30 petang,” katanya.

Terdahulu, polis mengesahkan Latheefa dan beberapa nama lain akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung rakaman audio yang didedahkan SPRM baru-baru ini.

Pada 8 Januari, SPRM telah mendedahkan rakaman audio perbualan yang didakwa kebocoran maklumat daripada Jabatan Peguam Negara kepada bekas perdana menteri Najib Razak dan beberapa individu lain yang dikatakan berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad dan SRC International Sdn. Bhd.

Rakaman audio itu dipercayai perbualan yang melibatkan Najib, Rosmah Mansor, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Dzulkifli Ahmad, putera mahkota Emiriyah Arab Bersatu, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan dan beberapa individu lain.

Siasatan polis diketuai oleh Mohd Fazley Ab Rahmad dari Unit Siasatan Jenayah Khas Bukit Aman. – FMT

Tags: Azam BakiLatheefa Koyarakaman audioSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd