• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPKT Peruntuk RM1 Juta Bina Kawasan Khas Merokok

oleh
07/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membenarkan pemilik restoran atau kedai makan, sama ada milik persendirian atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), menyediakan kawasan khas merokok di luar premis, pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat.

Bagaimanapun kawasan khas merokok terbabit, yang disediakan tempat membuang puntung rokok itu, tidak boleh dijadikan ruang makan dan minum oleh perokok.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata usaha kementerian itu adalah bagi menyokong inisiatif Kementerian Kesihatan berhubung arahan larangan merokok di semua tempat makan awam sejak 1 Januari lalu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, usaha itu juga dilaksanakan bagi memahami keperluan golongan perokok dalam memberi ruang mereka melakukan aktiviti itu dalam tempoh ‘peralihan’ peraturan berkenaan.

Susulan larangan itu juga Zuraida berkata, KPKT juga akan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi pembinaan kawasan merokok di tempat awam termasuk kawasan komersial dan medan selera milik 155 PBT di seluruh negara.

“Bagi pemilik restoran atau kedai makan (persendirian), kita mempunyai garis panduan yang akan dikeluarkan KPKT berhubung perkara terbabit di mana mereka perlu memohon kebenaran daripada PBT untuk membina kawasan khas merokok dalam skala kecil termasuk premis yang berada dalam lot kedai.

“Kawasan khas merokok itu perlu mempunyai bumbung, tempat duduk dan tempat membuang puntung rokok dan mereka boleh membinanya secara berkongsi (jika dalam satu lot bangunan itu terdapat lebih daripada sebuah restoran) dengan kos ditanggung mereka sendiri.

“Namun bagi kawasan awam pula, PBT diminta membuat permohonan peruntukan kepada KPKT untuk menyediakan kawasan khas merokok dengan KPKT memperuntukkan setiap sebuah pembinaan kawasan merokok itu kira-kira RM5,000,” katanya pada sidang media, di sini.

Sebelum ini, usaha larangan merokok di tempat makan awam menimbulkan persoalan sama ada mereka yang merokok di meja tambahan tanpa lesen di luar restoran atau premis makanan boleh terlepas daripada tindakan saman.

Malah, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye juga sebelum ini memberitahu bahawa kedai makan atau restoran tidak dibenarkan sama sekali menyediakan ruangan khas merokok kepada pelanggan di premis terbabit.

Pada masa sama Zuraida berkata, sehingga kini KPKT sudah mempunyai satu model kawasan khas merokok dibina di Senario Ampang, dekat sini yang mempunyai dua pondok (booth) kawasan merokok dengan kelengkapan bumbung, tempat duduk dan tempat membuang puntung rokok.

Beliau berkata, usaha menyediakan atau membenarkan kemudahan kawasan merokok ini juga diyakini mampu memberi keselesaan buat golongan perokok bagi menerima peraturan baharu itu.

Ketika ditanya sama ada kebenaran yang diberikan ini mampu memberi isyarat yang salah dengan peraturan dikeluarkan Kementerian Kesihatan, Zuraida bagaimanapun berkata ia menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa bekerjasama dengan setiap kementerian dan ia seharusnya dilihat dalam sudut positif.

“Buat masa ini kita hanya menyarankan pemilik restoran atau kedai makan untuk membina kawasan khas merokok itu namun kita mungkin akan mewajibkan mereka berbuat demikian jika tiada kawasan langsung untuk pelanggan melakukan aktiviti berkenaan…pemilik harus melabur sedikitlah.

“Kita hanya memudahkan golongan perokok yang mewakili kira-kira 20 peratus populasi di Malaysia ini apatah lagi mereka juga adalah pembayar cukai,” katanya. – BH Online

Tags: kawasan khas merokokKPKTLarangan Merokok
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mappim Gesa Polis Siasat Dong Zong Bawah Akta Hasutan

Next Post

Hak Mahathir Lantik Menteri Pendidikan Baharu – Mukhriz

Related Posts

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

Kebakaran Putra Heights: 2 Tahun Bina Semula, Baik Pulih Rumah Terjejas

13/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjangkakan kediaman yang terjejas akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights,...

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

Papan Tanda ‘No to Drugs’ Antara Syarat Baharu Permit Konsert Di Selangor – Polis

20/02/2025
0

SHAH ALAM: Papan tanda atau plakad 'No to Drugs' pada laluan masuk konsert antara yang akan diletakkan dalam syarat permit...

Next Post

Hak Mahathir Lantik Menteri Pendidikan Baharu - Mukhriz

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd