• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompleks JPM Tukar Nama Kepada Setia Perdana

oleh
20/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengesahkan pertukaran nama Kompleks JPM kepada nama baru, Setia Perdana.

Perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat, Izzad Zalman Abdul Kader ketika dihubungi FMT.

Jelasnya, pertukaran nama itu sama sekali tidak melibatkan unsur politik, sebaliknya usaha di peringkat kerajaan persekutuaan untuk menjenamakan semula pejabat kementerian dan agensi kerajaan di Putrajaya, termasuk Kompleks A,B,C,D,E dan F.

“Sejak 25 tahun lalu tak pernah tukar. Jadi, sekarang ini kita tengah usahakan untuk ‘rebrand’ and ‘reflect’ profesionalisme jentera kerajaan dan kementerian,” katanya.

Presiden MCA, Wee Ka Siong menimbulkan perkara ini di Facebook selepas surat mengenai pertukaran nama itu tersebar di media sosial.

“Terfikir juga, adakah ketika ini ‘angin’ sedang bertiup kencang di Putrajaya?” kata pemimpin Barisan Nasional itu.

“Maka ini merupakan satu seruan supaya setia kepada perdana menteri walau apa pun berlaku?”

Izzad menafikan dakwaan tersebut. “Bukan arahan PM atau apa, sebab penjawat awam pun tahu kerana ia melibatkan pekeliling.”

FMT dimaklumkan pertukaran nama itu akan berkuatkuasa 1 Februari bersempena Hari Wilayah Persekutuan. – FMT

Tags: jabatan perdana menterikompleks jpmsetia perdana
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Shahrir Samad, Ahmad Maslan Didakwa Esok

Next Post

LTTE: 5 Lelaki Termasuk ADUN Mengaku Tak Bersalah

Related Posts

Jakim Masih Bawah Jabatan Perdana Menteri

17/03/2022
0

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kekal bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kedudukan itu kekal walaupun Mesyuarat Majlis Raja-Raja melantik Sultan...

SEPADU Sekretariat Pelaksanaan ‘Keluarga Malaysia’

08/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Unit Penyampaian Kemakmuran Bersama (SEPADU), Jabatan Perdana Menteri akan menjadi sebahagian daripada sekretariat bagi pelaksanaan konsep 'Keluarga...

Next Post

LTTE: 5 Lelaki Termasuk ADUN Mengaku Tak Bersalah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd