• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, July 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Komander IRGC Dakwa Beberapa Tentera AS Terkorban, Cedera

oleh
11/01/2020
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIRUT – Salah seorang komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata beberapa tentera Amerika Syarikat (AS) terbunuh dan cedera dalam serangan yang dilakukan ke atas Pengkalan Udara Ayn Al-Assad di barat Iraq.

Menurut Fars News Agency, komander PRGC, Brigadier Jeneral Hajj Zada berkata, risikan pihaknya mendapati tentera AS membawa keluar anggota yang cedera di Pengkalan Udara Ayn Al-Assad walaupun Washington mendakwa tiada kematian atau kecederaan dalam serangan itu.

“Operasi kami ini bukan bertujuan untuk membunuh sesiapa dan walaupun pasti berpuluh orang telah terbunuh dan cedera dan mereka dibawa keluar dengan menggunakan pesawat C-130, tetapi jika kami mahu melakukan pembunuhan, kami boleh merancang operasi itu yang mana 500 orang boleh terkorban pada langkah pertama,” kata Zada seperti dipetik Fars News.

“Jika terdapat tindak balas, keadaannya mungkin berubah dan bilangan mereka yang mati mungkin antara empat hingga lima ribu dalam langkah kedua dan ketiga,” tambah beliau.

“Amerika mengumumkan bahawa mereka berada dalam keadaan siap siaga sejak beberapa hari, oleh itu 12 pesawat mereka termasuk 7 pesawat MQ-9 (pesawat tanpa pemandu) dengan misi mengintip dan berperang dan enam atau tujuh dron melakukan rondaan secara intensif dan mereka menunggu dengan cemas.

“Kami menjangka mereka akan bertahan, tetapi kami nampak mereka menunggu untuk ditampar dan apabila mereka ditampar mereka tenang,” tambah beliau.

Zada menambah, sembilan buah pesawat pengangkut AS memindahkan anggota tentera yang mati dan cedera ke Israel, Jordan dan sebuah hospital yang berdekatan dengan keduataan AS di Baghdad. – Agensi

Tags: Amerika SyarikatIranIRGCserangan peluru berpandu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Abu Kassim Serah Dokumen Siasatan 1MDB Kepada AS

Next Post

Bertegas Dengan Pihak Yang Cetuskan Ketegangan

Related Posts

Selat Hormuz Tak Pernah Ditutup – Duta Iran

Selat Hormuz Tak Pernah Ditutup – Duta Iran

26/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Selat Hormuz tidak pernah ditutup sepanjang 12 hari serangan terhadap Iran, kata Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

Next Post

Bertegas Dengan Pihak Yang Cetuskan Ketegangan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd